Seorang anak tidak sepatutnya melakukan keganasan kepada ibu bapa meskipun tidak berpuas hati dengan mereka.
Terdapat banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati seperti berbincang dengan baik.
Sanggup tumbuk ibu sebab berang kena tegur suruh senyap
Namun berbeza dengan seorang anak ini apabila dia sanggup menumbuk ibunya sebanyak dua kali akibat berang ditegur kerana bising.
Ibu kepada lelaki berkenaan turut dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 7 Februari di Bahau, Negeri Sembilan. Sehubungan itu mangsa menerima rawatan di Hospital Jempol.
Suspek tak bekerja berada dalam keadaan mabuk
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5.30 pagi itu, wanita berkenaan telah menegur anaknya yang berusia 25 tahun dan tidak bekerja itu untuk senyap.
“Teguran itu menyebabkan anak lelakinya marah dan menumbuk bahagian belakang bahu mangsa sebanyak dua kali selain menarik rambut serta menolak mangsa sehingga jatuh.
“Susulan kejadian di ruang dapur rumah itu mangsa mengalami sakit di bahagian bahu. Semasa kejadian suspek dalam keadaan mabuk,” ujarnya dipetik dari Kosmo.
Jelas Chang Hook, lelaki berkenaan sudah ditahan oleh polis bagi siasatan lanjut serta direman selama empat hari bermula 7 Februari hingga 10 Februari.