fbpx
Now Reading
Tragedi Gempa Bumi Di Turkiye, 13 Warganegara Malaysia Terperangkap Di Beberapa Wilayah
13 rakyat malaysia terperangkap

Tragedi Gempa Bumi Di Turkiye, 13 Warganegara Malaysia Terperangkap Di Beberapa Wilayah

Menurut Mohamad Alamin, mereka yang terperangkap di wilayah berkenaan bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, pada Isnin (6 Februari) lalu dunia telah digemparkan dengan berita kejadian gempa bumi yang melanda negara Turkiye dan Syria.

Kejadian gempa bumi yang berlaku pada jam 4 pagi (waktu tempatan) itu turut mengorbankan sekitar 4,300 mangsa.

Malah angka korban itu dijangka akan meningkat memandangkan misi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Baca artikel berkaitan: Korban Gempa Bumi Di Turkiye, Syria Adalah Mati Syahid – Bekas Mufti N9

13 individu rakyat Malaysia terperangkap dalam kejadian gempa bumi

Susulan dari kejadian itu, seramai 13 orang warganegara Malaysia turut dilaporkan terkandas di beberapa wilayah berkenaan dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.4 magnitud di Kahramanmaras, Turkiye baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin menyatakan kementeriannya sedang menanti maklumat terkini dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul tentang individu yang terperangkap.

Mereka yang terkandas dilaporkan sihat & selamat

Ujarnya, rata-rata mereka yang terperangkap itu merupakan pekerja dalam pelbagai bidang termasuklah doktor di negara terbabit.

Jelas beliau, kesemua 13 rakyat Malaysia itu dilaporkan sihat serta selamat namun menghadapi kesukaran untuk dibawa keluar ekoran mempunyai masalah hubungan komunikasi yang terhad.

“Sesetengah laluan jalan raya di kawasan itu hanya dibenar untuk misi penting terutama menyelamat mangsa.

“Usaha membawa keluar rakyat Malaysia itu akan digerakkan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan ahli keluarga di Malaysia tidak perlu bimbang.

“Kementerian Luar akan sentiasa menyalurkan maklumat perkembangan mereka,” jelasnya selepas menghadiri Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Gaziantep Turkiye dan Syria oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada malam tadi (7 Februari).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.