fbpx
Now Reading
70 Lagi Anggota Smart Bersama Dentie & Frankie Dari Unit K9 Diterbangkan Ke Turkiye Untuk Sertai Misi SAR
70 anggota smart & anjing unit k9

70 Lagi Anggota Smart Bersama Dentie & Frankie Dari Unit K9 Diterbangkan Ke Turkiye Untuk Sertai Misi SAR

Menurut Ismail, Frankie dan Dentie mempunyai kepakaran dalam misi SAR selain turut menunjukkan prestasi yang baik semasa SAR di Batang Kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada beberapa hari lalu, media sosial dihujani dengan simpati orang ramai kepada mangsa yang terbabit dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Malah tragedi itu turut mengorbankan banyak nyawa selepas ribuan bangunan di dua negara tersebut runtuh.

Peka dengan bencana tersebut, Malaysia telah menghantar lebih kurang 70 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada 6 Februari yang lalu bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai banyak negara lain.

Baca artikel berkaitan: Gempa Bumi: Malaysia Hantar Pasukan SMART, Anjing Pengesan Unit K9 Bagi Misi SAR Di Turkiye

Dua anjing unit K9 diterbangkan ke Turkiye

Terbaharu, dua anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga diterbangkan ke Turkiye untuk bersama menyertai SAR di negara berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, dua anjing tersebut ialah Frankie dan Dentie, yang sebelum ini terbabit dalam misi SAR kejadian tanah runtuh di Batang kali, pada Disember tahun lalu.

2 anjing lepas saringan kesihatan, tiada isu untuk naik pesawat

Menurut Komander Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM, Penguasa Kanan Bomba I Ismail Abdul Ghani, Frakie dan Dantie tidak mempunyai sebarang kesulitan bagi menaiki pesawat malah sudah melepasi saringan.

“Tiada masalah untuk kita terbangkan anjing-anjing ini kerana ini (SAR) juga merupakan sebahagian daripada latihan mereka.

“Apa yang penting mereka ini (anjing) mesti lepas saringan kesihatan dan perlu ada kelulusan daripada Maqis (Jabatan Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Malaysia) untuk dibawa keluar,” ujarnya.

Seramai 70 lagi anggota diterbangkan bagi kumpulan kedua

Komander itu ditemui media semasa sesi pelepasan kumpulan kedua SMART di Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi (8 Februari).

Dalam kumpulan tersebut seramai 70 orang terdiri dari 20 anggota SMART, 30 anggota JBPM serta 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

2 anjing unit K9 ada kepakaran dalam SAR

Ujarnya, kedua haiwan berkenaan mempunyai kepakaran di dalam misi SAR disebabkan hasil latihan sepenuh masa.

“Anjing ini memang dilatih sepanjang masa dan kepakaran dia adalah untuk SAR… memang dia punya kepakaran adalah untuk cari mangsa hidup atau yang telah mati.

“Kita bawa K9 sebagai usaha tambahan dan ini merupakan misi yang sama seperti di Batang Kali dan kita anggap mereka ini (anjing K9) antara subjek penting untuk kesan lokasi mangsa,” katanya.

Turut difahamkan kedua anjing ini akan berkhidmat selama 14 hari untuk misi SAR di Turkiye.

Terdahulu, ketika misi SAR di Batang Kali unit K9 ini telah mendapat perhatian ramai kerana reputasi cemerlang yang ditunjukkan selepas berjaya menemui banyak mangsa yang tertimbus dalam kejadian berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.