fbpx
Now Reading
Kerajaan Akan Benarkan Kemasukan Pekerja Asing Tanpa Melalui Ejen, Kata PM

Kerajaan Akan Benarkan Kemasukan Pekerja Asing Tanpa Melalui Ejen, Kata PM

Menurut Anwar Ibrahim, KDN perlu melakukan pemantauan ketat agar pendaftaran pekerja asing terbabit dapat dilakukan tanpa menggunakan ejen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Malaysia sedang mencari pendekatan terbaik untuk membenarkan pekerja asing diambil bekerja di negara ini tanpa melalui ejen yang mengenakan caj tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Getaran, Anwar Ibrahim berkata semua negeri akan memantau pekerja asing di negara ini bagi memastikan golongan itu diberi kemudahan mencukupi untuk bekerja secara sah di Malaysia.

KDN perlu lakukan pemantuan agar pekerja asing berdaftar tanpa guna ejen

Jelasnya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melakukan pemantauan ketat agar pendaftaran pekerja asing terbabit dapat dilakukan tanpa menggunakan ejen.

“Sebagai contoh, pekerja Nepal hanya dikenakan bayaran RM3,700 (untuk bekerja di Malaysia), tetapi ia (caj) boleh mencecah dari RM20,000 hingga RM25,000 untuk warga Indonesia dan Bangladesh. Kita akan beri perhatian kepada perkara ini.

“Jika gaji mereka (pekerja) dinaikkan, saya tiada masalah, tetapi jika caj yang dibuat oleh ejen terlalu tinggi, ini tidak akan membantu kerana boleh menjurus kepada penderaan atau perhambaan moden,” katanya.

Kenyataan itu diberikan oleh Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam (8 Februari).

Kerajaan akan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan akan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing mengambil kira situasi ‘tidak pernah berlaku’, demi memudahkan proses pengambilan pekerja mengisi kekosongan dalam sektor kritikal.

Menurutnya, melalui pelan itu majikan dibenarkan menggaji pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kemampuan dan keperluan sebenar, tanpa perlu melalui pra-syarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

“Kemudahan dan kelonggaran yang dirangka ini bukanlah untuk tempoh selama-lamanya namun ia hanya bersifat ‘unprecedented’ (tidak pernah berlaku dahulu) bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.

“ ‘Kelulusan bersyarat’ iaitu kurang dari tiga hari akan diberikan bagi permohonan yang dibuat, malah maklumat terperinci mengenai pelan itu akan dimaklumkan pihak kementerian dalam masa terdekat,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.