fbpx
Now Reading
Pengadu Buat Laporan Palsu, Ustaz Bebas 3 Tuduhan Serangan Seksual Kanak-Kanak

Pengadu Buat Laporan Palsu, Ustaz Bebas 3 Tuduhan Serangan Seksual Kanak-Kanak

Selain tiga tuduhan tersebut, Anuar Che Ani turut dilepas tanpa dibebaskan dari dua lagi pertuduhan selepas dua saksi yang sepatutnya hadir memberi keterangan gagal berbuat demikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Sesyen Kulim pada Selasa (7 Feb) telah membebaskan seorang mudir atau pengetua sebuah madrasah di daerah tersebut daripada tiga tuduhan serangan seksual selepas seorang mangsa mengakui membuat laporan palsu terhadapnya.

Malah OKT turut dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi tuduhan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad, lapor FMT.

Anuar Che Ani, 36, pada 18 November 2021 membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap lima pelajar lelaki berusia 11 hingga 14 tahun di sebuah madrasah antara April 2018 hingga Oktober 2021.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagaimanapun dibenarkan ikat jamin sebanyak RM50,000.

Peguam, RSN Rayer bersama Anuar Che Ani (dua dari kiri) di luar Mahkamah Sesyen Kulim | Foto: FMT

Peguam, RSN Rayer yang mewakili Anuar berkata, OKT dibebaskan dari tiga tuduhan pertama selepas pengadu kes berkenaan membuat pengakuan bahawa laporan polis terhadap tertuduh adalah palsu.

Pengakuan itu dilakukan saksi berkenaan dalam soal jawab ketika perbicaraan berlangsung.

Bukan itu sahaja, dia turut dilepas tanpa dibebaskan dari dua lagi pertuduhan selepas dua saksi yang sepatutnya hadir memberi keterangan di mahkamah pada Selasa, 7 Februari gagal berbuat demikian.

Buat tuduhan palsu selepas ditangkap dengan bahan lucah

Terdahulu, sewaktu sesi soal jawab, saksi pertama memberitahu mahkamah dia dan empat rakannya membuat tuduhan palsu terhadap Anuar selepas mereka ditangkap dengan bahan lucah di madrasah itu.

“Kanak-kanak lelak itu membuat laporan polis pada hari yang sama selepas anak guam saya mendenda dan menghukum mereka.

“Semasa pemeriksaan balas, salah seorang pengadu mengakui telah membuat laporan palsu terhadap anak guam saya,” kata Rayer.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.