fbpx
Now Reading
Penolong Jurulatih Kelantan FC Sah Peluk Islam, Guna Nama Abu Bakar

Penolong Jurulatih Kelantan FC Sah Peluk Islam, Guna Nama Abu Bakar

Pol Corpas mengucap dua kalimah syahadah dengan bantuan pemilik kelab TRW Kelantan FC sendiri iaitu Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger di Kota Warisan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penolong Jurulatih dan Penganalisis Video pasukan Kelantan Football Club (Kelantan FC), Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam semalam (8 Februari).

Menerusi satu hantaran di laman Facebook TRW Kelantan FC, Pol Corpas ‘disyahadahkan’ oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC sendiri iaitu Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger, Kota Warisan, Sepang.

“Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk agama islam pada hari ini yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal, Coach Azli, Coach Abdul Rahman dan Encik Qusmaini.”

Pol Corpas guna nama baharu Islam Abu Bakar

Difahamkan, dia yang berasal daripada Sepanyol itu akan menggunakan nama Islam baharunya iaitu Abu Bakar.

Untuk info, nama Abu Bakar juga digunakan oleh Sahabat Nabi Muhammad SAW yang juga Khalifah Islam pertama, Abu Bakar as-Siddiq atau nama sebenarnya Abdullah bin Uthman.

Bakar membawa maksud unta jantan yang muda

Manakala dalam Islam, maksud Bakar ialah unta jantan yang muda. Orang Arab biasanya menggunakan nama berkaitan haiwan dengan tujuan mengambil ciri yang ada pada haiwan tersebut.

Pol Corpas atau nama Islamnya Abu Bakar mula menyertai pasukan Kelantan FC sebagai Penolong Jurulatih dan Penganalisis Video sejak awal bulan Julai 2020 lagi dan masih bersama skuad terbabit sehingga kini.

Sementara itu, memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memanjatkan rasa syukur dengan berita gembira ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.