fbpx
Now Reading
Amuk & Pukul Kakak Kandung Bertubi-tubi, Suspek Kini Sedang Diburu Pihak Polis
Lelaki pukul kakak dicari polis

Amuk & Pukul Kakak Kandung Bertubi-tubi, Suspek Kini Sedang Diburu Pihak Polis

Jelas pihak polis, suspek pada awalnya membebel dan memaki hamun kerana menuduh mangsa melakukan perkara yang tak baik di belakang suaminya sebelum ditegur oleh kakaknya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis kini sedang giat mencari seorang individu apabila dia bertindak mencederakan kakaknya setelah dilaporkan mengamuk di kediaman mereka di Kampung Segedup, Jalan Batu Kawa, Sarawak.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memaklumkan polis menerima laporan berhubung kejadian dari mangsa pada jam 5.52 petang, 11 Februari selepas beberapa jam insiden berlaku.

Mangsa alami kesakitan selepas dipukul bertubi-tubi

Ujarnya sekitar jam 3.34 petang kelmarin (11 Februari), mangsa yang berusia 34 tahun dan merupakan anggota bomba dipukul oleh adik lelakinya sehingga menyebabkan dia mengalami kesakitan di bahagian kepala dan lebam di bahagian bahu, lengan serta tangan.

“Sebelum kejadian, mangsa dan adik perempuannya sedang melakukan kerja di dapur manakala suspek sedang duduk makan di lantar dapur.

“Suspek tiba-tiba membuat bising, membebel, memaki hamun serta menuduh mangsa membuat perkara yang tidak baik di belakang suaminya dan mangsa kemudian menegur suspek menyebabkan dia terus memukulnya bertubi-tubi,” jelas Abang Zainal.

Sementara itu, beliau turut menyatakan pasukan detektif juga sudah diarahkan bagi mencari dan menangkap individu yang dikenali sebagai Zattul Za’aba Jasa, 32.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18A Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.