
Lelaki ‘Pervert’ Intai Tandas Rumah Orang Di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Disiasat Polis [Video]
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, pihaknya telah merakam percakapan beberapa orang saksi dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang remaja lelaki dilihat sedang berdiri berhampir tingkap tandas di sebuah rumah apartment di Kuala Lumpur.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan remaja itu seperti merakam sesuatu menggunakan telefon miliknya pada ruangan tingkap tandas yang sedikit terbuka.
Polis buka kertas siasatan berhubung kejadian
Terkini, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap remaja terbabit yang menghendap di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halin Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengesan video tersebut yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu (11 februari).
“Pada 16 Januari lalu, kira-kira pukul 11.05 pagi, pihak Polis Cheras telah menerima laporan polis berhubung kejadian ini.
“Sehubungan dengan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.,” katanya dalam satu kenyataan semalam (12 Februari).
Polis panggil beberapa orang saksi, siasatan terperinci dilakukan
Jelasnya lagi, setakat ini beberapa orang saksi telah dirakam percakapan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis.
Beliau pada masa sama turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tampil ke balai polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan.
Terdahulu, tular satu video klip berdurasi 48 saat di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki mengintai sambil merakam di celah-celah tingkap sebuah rumah.
ATTENTION !!!
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 11, 2023
PERVERT ALERT !!!
Location: Cendana Apartment Bandar Sri Permaisuri Cheras
P/S: Police report had been done. Suspect still on the loose. pic.twitter.com/I8eusy89JF