fbpx
Now Reading
Club Med Lantik Pengurus Besar Baharu Untuk Malaysia & Singapura, Olivier Monceau
Club Med Cherating

Club Med Lantik Pengurus Besar Baharu Untuk Malaysia & Singapura, Olivier Monceau

Untuk pengetahuan umum, hubungan Olivier dengan Club Med bermula pada 2016 apabila beliau dilantik sebagai Pengurus Besar untuk pasaran Rusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Olivier Monceau ialah Pengurus Besar Pasaran Club Med Singapura dan Malaysia. Objektif utama beliau adalah untuk mempercepatkan perniagaan komersial SEA melalui perubahan pantas iklim global masa kini.

Olivier bertanggungjawab membina pertumbuhan pasaran ke destinasi perjalanan jarak jauh melalui pendekatan jualan yang mengutamakan pelanggan serta keinginan pengguna dengan melaksanakan proses tempahan yang diperibadikan (personalized).

Beliau mempunyai pengalaman pengurusan antarabangsa selama beberapa dekad setelah menghabiskan 20 tahun terakhir tinggal dan bekerja di Rusia. Beliau juga fasih dalam berbahasa Perancis, Inggeris dan Rusia.


Oliver & Club Med: Bermula Pada Tahun 2016.

Hubungan Olivier dengan Club Med bermula pada 2016 apabila beliau dilantik sebagai Pengurus Besar untuk pasaran Rusia.

Ketika memegang jawatan tersebut, Olivier bertanggungjawab dalam membina kesedaran jenama berkenaan – meletakkan Club Med sebagai jenama percutian premium di pasaran dan membangunkan bahagian pasaran jenama.

Berada di sini adalah sangat simbolik di atas beberapa sebab. Pertamanya, Club Med Cherating telah menjadi resort pertama kami di Asia, dibuka pada tahun 1979 dan seperti yang anda akan lihat semasa penginapan anda bersama kami, di lokasi terbaik. Terima kasih kepada Cherating.

Pengurus Besar Pasaran Club Med Singapura dan Malaysia, Olivier Monceau.
Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Melalui semangat, pengalaman dan visi, Olivier berjaya dalam mengembangkan perniagaan dengan cemerlang terutamanya dalam menjadikan Club Med sebagai ‘premium all-inclusive mountain holidays’.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Ketika berlakunya pandemik, Olivier dan team telah mengambil pendekatan dengan menjadikan cabaran sebagai peluang dengan mengiktiraf potensi jarak jauh dan kelas atas untuk jenama itu yang membawa kepada keputusan yang amat memuaskan.

Pasaran Rusia telah menjadi penyumbang utama kepada pembukaan semula Club Med di Seychelles dan Kani, di mana kedua-duanya menjadi pusat peranginan penting dalam pemulihan kumpulan itu sebaik pembukaan di antara sempadan dibuka semula.


Club Med Cherating: The Rebound.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini
Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Pemulihan pasaran Malaysia adalah sangat pantas sehingga membolehkan kami menggandakan perniagaan domestik pada tahun 2022 di Malaysia. Terima kasih buat Cherating.

Pengurus Besar Pasaran Club Med Singapura dan Malaysia, Olivier Monceau.

Menurut Oliver lagi, apa yang paling penting adalah:

  • Kami dapat kekal revelan dengan pengalaman yang merangkumi semua dan tanpa kerumitan untuk rakyat Malaysia kerana 80% tetamu kami memilih kami atas sebab ini.
  • Perancangan percutian tanpa kerumitan sebanyak 41% dan all-day cuisine sebanyak 37%. Ini adalah faktor utama yang menarik pelanggan kepada konsep serba lengkap Club Med.
  • Kami juga dapat mempengaruhi pelanggan kerana 93% daripada mereka ingin kembali ke pusat peranginan Club Med selepas mereka menginap di sini buat pertama kali.

Portfolio Olivier.

Sebelum menyertai Club Med, Olivier berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Algeco (Rusia & CIS), meletakkan semula syarikat daripada penyedia pembekal ‘rental modular space’ kepada ‘leading global solutions’.

Mengetuai pasukan seramai 50 orang, pengetahuan dan pengalamannya dalam persekitaran B2B membolehkannya melaksanakan pemulihan syarikat yang berprestasi rendah dan tidak menguntungkan dalam masa tiga tahun sahaja.

Sebelum ke Algeco, Olivier adalah Pengurus Negara untuk Mapal Group, di mana beliau menubuhkan perniagaan dan membangunkan rangkaian pengedar dan mengetuai perniagaan ke arah keuntungan.

Sebelum Mapal, beliau pernah melancarkan perniagaan pengedaran wain terbaik yang pertama di Rusia.

Warganegara Perancis, Olivier memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan serta Ijazah Sarjana dalam Pengajian Keusahawanan/Keusahawanan dari IPAG Business School, Paris.


Club Med, Cherating.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Club Med Cherating merupakan tempat peranginan pantai keluarga yang merangkumi semua ini terletak di tengah-tengah hutan seluas 80 hektar, sesuai untuk pengembaraan hutan dan percutian spa yang tenang di Malaysia.

Sebagai perintis percutian premium semua termasuk (all-inclusive), Club Med mempunyai sejarah untuk menyatukan keluarga, terutama kerana statusnya sebagai pusat peranginan yang pertama ditubuhkan di Asia iaitu.

Ia membantu mereka mencipta kenangan yang kekal seumur hidup melalui program inovatif yang mencabar dan mentakrifkan semula maksud percutian keluarga.

Hanya tiga jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Club Med Cherating adalah destinasi yang sempurna untuk percutian keluarga berbilang generasi kerana ia menawarkan percutian tanpa kerumitan ke alam semula jadi.

Club Med Cherating juga menyediakan kemudahan, aktiviti dan program yang memenuhi keperluan tetamu dari semua peringkat umur.

Sumber: Siti Murni/BuzzKini

Mereka yang melancong dalam kumpulan besar juga akan menikmati Club Med Cherating kerana konsep merangkumi semua bermakna percutian tanpa kerumitan sebaik sahaja mereka mendaftar masuk kerana semuanya termasuk dalam pakej iaitu:

  • Penginapan.
  • Makan sepanjang hari.
  • Sukan terpilih dan pelbagai aktiviti lain.
  • Hiburan siang dan malam.
  • Penjagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas bertujuan membolehkan tetamu menikmati sepenuhnya pengalaman percutian Club Med.

Apa yang lebih memudahkan percutian anda di Club Med ini adalah dengan adanya bantuan Club Med’s Gentils Organisateurs (GO) – di mana mereka ini sentiasa gembira untuk membantu keluarga memaksimumkan percutian di Club Med Cherating.

Artikel Berkaitan: Club Med Cherating Tawar Aktiviti Di Resort, Sesuai Untuk Percutian Yang Tenang!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.