Pencarian Komando Dikhuatiri Lemas Dihentikan Selepas 7 Hari Gagal Temui Petunjuk

Selepas tujuh hari pencarian anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baitim yang dikhuatiri lemas ketika melakukan latihan selam di Pulau Undan Melaka, Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya dihentikan.

Menurut laporan Kosmo, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sembilan dan Melaka Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata, keputusan itu dibuat setelah pasukan penyelamat gagal menemui sebarang petunjuk dan tanda-tanda penemuan baru.

Pelbagai usaha SAR telah dilakukan

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah dengan menggunakan sonar bagi mengesan objek di dalam air selepas pencarian di permukaan air tidak menemui sebarang petunjuk terhadap kehilangan anggota tentera berusia 25 tahun itu.

“Pencarian ini telah dibantu oleh anggota Pasukan Selam Peperangan Khusus dari Kem Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang, Melaka, Pasukan Selam Ranjau, KD Duyong dan juga Pasukan Penyelam Penyelamat Angkatan Pertahanan Awam (APM), namun tiada penemuan walaupun selaman dilakukan lebih dari 40 meter.

“Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim (MRCC) Putrajaya turut mendapatkan bantuan dari Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Indonesia kerana berdasarkan data dan maklumat terdapat kemungkinan mangsa telah dihanyutkan ke perairan negara jiran.

“Operasi ini ditangguhkan, namun aset-aset Maritim dan agensi sahabat akan meneruskan rutin rondaan seperti biasa dan pihak akan memberi makluman dari semasa ke semasa sekiranya terdapat petunjuk atau penemuan terbaru,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam (13 Februari).

Maritim ucap terima kasih pada pelbagai pihak dan agensi yang turut membantu

Kata Iskandar, pihak Maritim juga mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, APM dan komuniti nelayan atas maklumat dan kerjasama yang baik sepanjang tempoh pencarian ini.

Jelasnya, jumlah keseluruhan penglibatan dari hari pertama SAR dilakukan adalah seramai 510 anggota dan 22 aset telah diatur gerak yang terdiri daripada 18 aset di laut dan selebihnya di udara dengan luas kawasan pencarian lebih kurang 1,040 kilometer (KM) persegi.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota Tentera Darat daripada Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando dikhuatiri lemas ketika sedang menjalani latihan Eksesais Pari Harimau kursus juruselam di kedudukan 0.7 batu nautika Barat Daya Pulau Undan pada Selasa lalu (7 Februari).

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago