fbpx
Now Reading
Lelaki Tular Intai & Rakam Wanita Mandi Di Sri Permaisuri, Cheras Didenda RM4,500
remaja intai orang mandi 1 blur

Lelaki Tular Intai & Rakam Wanita Mandi Di Sri Permaisuri, Cheras Didenda RM4,500

Tertuduh kemudian merayu agar hukuman denda dikurangkan namun Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan agar hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang seorang lelaki tular yang dikesan mengintai wanita di dalam tandas di sebuah rumah apartment di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur.

Aksi tidak senonoh lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan individu berkenaan seperti menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam di celah-celah tingkap.

Pihak polis kemudian membuka satu kertas siasatan selepas menerima laporan berhubung kes tersebut pada 16 Januari lalu.

Baca artikel berkaitan: Lelaki ‘Pervert’ Intai Tandas Rumah Orang Di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Disiasat Polis [Video]

Lelaki intai wanita mandi dijatuhi hukuman denda RM4,500

Terbaharu, hari ini (16 Februari) lelaki itu yang merupakan seorang penghantar makanan itu telah didenda sebanyak RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mohd. Khalis Rusli yang berusia 32 tahun dijatuhi hukuman denda tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan

Hukuman tersebut telah dijatuhkan oleh Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama empat bulan. Dia bagaimanapun membayar denda tersebut.

Tertuduh rakam semasa wanita sedang mandi di rumahnya di Bandar Permaisuri

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita yang berumur 28 tahun apabila mengambil gambar serta videonya ketika mandi dengan menggunakan telefon bimbit jenis iPhone X di sebuah apartment Jalan Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada jam 3 pagi pada 13 Januari lepas.

Susulan itu, pertuduhan kemudian dikemukakan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini ketika prosiding dijalankan, lelaki yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam telah merayu supaya hukumannya dikurangkan kepada amaun yang rendah kerana baru sahaja mendapat pekerjaan pada awal bulan ini serta sedang menanggung ibu bapa dan adik-beradik lain.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan dia diberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran atas kesalahan yang dilakukan iaitu mengaibkan mangsa dengan mengambil gambar tidak sepatutnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.