fbpx
Now Reading
Daisy Si Anjing Unit K9 Bomba Jadi Hero, Berjaya Temui Kanak-Kanak Yang Hilang Di Sarawak

Daisy Si Anjing Unit K9 Bomba Jadi Hero, Berjaya Temui Kanak-Kanak Yang Hilang Di Sarawak

Difahamkan, operasi mencari kanak-kanak itu turut melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahan Awam (APM) dan orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usaha pihak bomba menggunakan khidmat anjing pengesan Unit K9 dalam satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) membuahkan hasil apabila haiwan tersebut berjaya menemukan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hilang di kawasan Kuari Batu Perigi, Sematan semalam (16 Februari).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum itu dijumpai selamat sekitar pukul 1 tengah hari di kawasan ladang kelapa sawit.

“Mangsa dijumpai pada radius dua kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh Unit K9 Bomba (Daisy) dan seterusnya diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan.

Khidmat Daisy digunakan dalam operasi SAR

Menurutnya, khidmat anjing pengesan bernama Daisy itu digunakan dalam operasi SAR yang dilakukan semalam dengan memulakan operasi pada radius pencarian satu hingga tiga kilometer di kawasan tersebut.

Difahamkan, operasi tersebut turut melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahan Awam (APM) dan orang awam.

“Pasukan penyelamat memulakan operasi SAR di sekitar kawasan ladang kelapa sawit.

“Pencarian diperluaskan oleh pasukan penyelamat yang dibahagikan kepada dua pasukan dengan kaedah ‘base line method’ dalam radius tiga kilometer dari lokasi mangsa dikenal pasti hilang,” katanya lagi.

Mangsa dilaporkan hilang ketika bersama ibunya

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang pada petang Rabu (15 Februari) semasa bersama ibunya ketika menunggu bapanya pulang bekerja di pondok Kuari Batu Perigi.

Kanak-kanak itu dilihat oleh ibunya kali terakhir ketika sedang bermain di luar kawasan pondok di belakang rumah kongsi di kuari berkenaan.

Selepas menyedari kehilangan Muhammad Rayyan, ibunya segera mencari kanak-kanak itu dengan meminta bantuan suaminya dan beberapa pekerja lain tetapi masih gagal menjumpai mangsa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.