fbpx
Now Reading
Zahid Lantik Tengku Zafrul Jadi Ahli MKT UMNO
Tengku zafrul jadi ahli MKT UMNO dilantik oleh Zahid hamidi

Zahid Lantik Tengku Zafrul Jadi Ahli MKT UMNO

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pelantikan Tengku Zafrul dilakukan oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam (16 Feb) telah dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu ciapan di Twitter.

Menurut Ahmad Maslan, pelantikan Ahli Jawatankuasa UMNO Kota Raja itu dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

“Mesyuarat MKT UMNO pada 16 Februari di WTC Kuala Lumpur dimulakan dengan Yang Berhormat Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Ahli MKT yang dilantik oleh Presiden UMNO.

“Selamat berkhidmat demi #ABATA, agama, bangsa, dan tanah air agar rakyat Malaysia maju serta sejahtera atas usaha kita bersama,” ciapnya.

Sebelum ini kehadiran Tengku Zafrul Jadi tanda tanya

Kehadiran pemimpin itu di Menara Dato’ Onn sebelum ini menjadi tanda tanya terhadap petugas media, lapor Awani.

Tengku Zafrul yang tiba dengan memakai baju UMNO diliha berada di lobi menara berkenaan pada jam 8.07 malam sebelum ke bilik mesyuarat.

Sebelum ini sahkan nak bertanding jawatan ahli MKT

Pelantikan ini dibuat beberapa minggu selepas Tengku Zafrul menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan ahli MKT pada Pemilihan UMNO akan datang.

Jelasnya, perkara itu untuk membolehkan beliau serta pemimpin yang akan dipilih nanti menyumbang khidmat kepada parti terutama untuk memulihkan UMNO.

Ahmad Maslan tentang perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat MKT UMNO

Sementara itu, menerusi satu lagi ciapan Ahmad Maslan memaklumkan antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat MKT tersebut adalah pemilihan di cawang yang sedang berlansung serta urusan dalaman serta pengukuhan parti .

“UMNO terus komited untuk memantapkan asas dan tujuan perjuangan demi manfaat ahli, rakyat dan negara,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.