fbpx
Now Reading
Bayar RM450 Sahaja! Warga Asing ‘Kantoi’ Guna Sindiket Nikah Ekspres Selepas Dicekup Berkhalwat
warga asing dicekup

Bayar RM450 Sahaja! Warga Asing ‘Kantoi’ Guna Sindiket Nikah Ekspres Selepas Dicekup Berkhalwat

Ujar Pengarah JAIM, pasangan warga asing itu telah dinikahkan oleh seorang ustaz pada tahun 2018 dengan membuat pembayaran sebanyak RM450 serta diberikan sijil nikah tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cubaan pasangan warga asing untuk membuktikan yang mereka sudah berkahwin memakan diri apabila menunjukkan sijil nikah yang meragukan dan tidak diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat.

Serbuan terbabit secara tidak langsung membuktikan terdapat sindiket nikah kahwin palsu di negeri berkenaan yang mengeluarkan sijil nikah palsu atau tidak sah kepada pasangan yang mempunyai masalah untuk berkahwin secara rasmi.

Difahamkan pasangan lelaki etnik Rohingnya serta wanita dari Indonesia berkenaan ditahan selepas pemeriksaan oleh penguat kuasa JAIM di sebuah kediaman di Jalan Bunga Raya 4, Semabok, sekitar jam 1.30 pagi semalam (19 Februari).

Warga asing dinikahkan seorang ustaz bayar RM450 & dapat sijil nikah

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat menyatakan hasil soal siasat lelaki berkenaan mendakwa dia bernikah pada 2018 oleh seorang ‘ustaz’ di sebuah rumah di penempatan warga asing di situ dengan membuat pembayaran sebanyak RM450 serta diberikan sijil nikah.

Jelasnya, pemeriksaan awal pada sijil nikah berkenaan mendapati tertera perkataan ‘Majlis Ulamak Rohingnya’ yang tidak diiktirafan pihak berkuasa di Melaka.

“Pasangannya yang juga ibu tunggal pula mendakwa berkahwin dengan lelaki berkenaan selepas enam bulan ditinggalkan suami tanpa melalui proses perceraian.

“JAIM akan menyiasat semula berhubung status pernikahan pasangan terbabit yang turut mempunyai seorang anak serta dakwaan wujudnya sindiket nikah palsu dalam komuniti Rohingnya ini.

“Kita tidak menafikan kewujudan sindiket pernikahan warga asing dengan penemuan kes itu dan akan menyiasat sama ada ia masih aktif menawarkan perkhidmatan atau sebaliknya,” ujarnya.

Siasat di bawah Seskyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991

Menurut laporan sama warga asing itu antara dua pasangan yang dicekup bagi siasatan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu kesalahan bersekediaman atau berkurung hingga mendatangkan syak dengan seorang wanita bukan mahram.

Ujarnya, pasangan kedua ditahan merupakan seorang lelaki berumur 61 tahun bersama isteri orang yang didapati berkurung ketika suami tiada di dalam rumah.

“Ketika pemeriksaan, wanita itu mengaku suaminya berusia 38 tahun tiada di rumah kerana bekerja shif malam meninggalkannya dan dua anak mereka berusia tiga tahun dan tiga bulan bersama rakan sekerjanya itu berusia 61 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati, lelaki berkenaan tinggal di situ sejak enam bulan selepas baharu mendapat kerja di syarikat kawalan keselamatan bersama suami wanita terbabit,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.