fbpx
Now Reading
Keluarkan Laporan Dakwa Penjawat Awam Akan Dikurangkan, Awesome TV Temui MCMC
Fahmi maklum Awesome TV jumpa MCMC

Keluarkan Laporan Dakwa Penjawat Awam Akan Dikurangkan, Awesome TV Temui MCMC

Jelas Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan Digital, beliau turut meminta agar setiap agensi media untuk lebih bertanggungjawab dan beretika selain perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah saluran televisyen swasta Awesome TV akan berjumpa dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas stesen berkenaan didakwa membuat satu kandungan yang melanggar undang-undang.

Memetik laporan Kosmo, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyatakan saluran TV yang disiarkan di MYTV serta ASTRO itu sebelum ini dipercayai mengeluarkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali, termasuk fitnah kepada kerajaan.

Nasihat agensi media untuk lebih bertanggungjawab dan beretika mengeluarkan kandungan

Oleh itu, beliau menasihatkan agar setiap agensi media untuk mengeluarkan kandungan dengan lebih bertanggungjawab serta beretika selain perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

“Kita maklum dalam kalangan wartawan ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah. Contohnya baru-baru ini, syarikat Awesome TV yang menerbitkan laporan berita fitnah, apabila memetik sumber atau cadangan dengan mengatakan kerajaan berhasrat membuang lebih 800,000 pegawai penjawat awam.

“Ini fitnah yang sangat jelas. Syarikat Awesome TV ini sudah enam kali melakukan pelanggaran (undang-undang), termasuk lima kali (dalam pentadbiran) sebelum ini. Jadi pada pukul 12 tengah hari ini, MCMC akan bertemu dengan pihak Awesome TV untuk membincangkan kerana pelanggaran-pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini sekali pun.

“Jadi perlu ada keseimbangan, dan mungkin ini bersifat perbincangan antara pengamal media dan pihak berkuasa untuk mencari titik temu dalam isu ini,” ujarnya.

Minta Awesome TV untuk beri penjelasan berhubung kandungan tersebut

Terdahulu, Fahmi Fadzil telah meminta Berita 757, Awesome TV untuk menjelaskan berhubung siaran kononnya terdapat cadangan daripada ‘pemerhati’ bagi mengurangkan bilangan penjawat awam.

Perkara itu kerana kerajaan tidak mempunyai apa-apa rancangan mahupun perbincangan bagi mengurangkan bilangan penjawat awam di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.