fbpx
Now Reading
Polis Ditemukan Maut Dengan 3 Kesan Tembakan Di Belakang Balai Polis

Polis Ditemukan Maut Dengan 3 Kesan Tembakan Di Belakang Balai Polis

Menurut Kamarul Rizal Jenal, mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Seorang anggota polis berpangkat Sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mangsa yang berusia 51 tahun adalah anggota yang bertugas di balai berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa.

“Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala.

“Polis juga menemukan sepucuk pistol bersama mangsa,” kata Kamarul Rizal dalam satu kenyataan.

Tambahnya kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis selain pasukan forensik sudah pun menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar sebarang spekulasi berhubung kejadian,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.