fbpx
Now Reading
Tular Al-Quran Dibuang Dalam Longkang, Pelaku Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Al-Quran dibuang di dalam longkang

Tular Al-Quran Dibuang Dalam Longkang, Pelaku Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Menurut Menteri Agama, garis panduan dan kaedah untuk melupuskan naskah al-Quran boleh dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam JAIN.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

BBaru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan orang awam sedang mengutip beberapa naskah al-Quran yang dijumpai dibuang di dalam longkang di sebuah sungai dipercayai di Taman Sri Murni, Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut seorang individu memaklumkan kitab suci tersebut telah ditemukan oleh seorang wanita dan juga seorang lelaki yang kemudian turun untuk mengambil naskah suci tersebut.

Individu berkenaan turut menyatakan bahawa dia sedih melihat al-Quran itu diperlakukan begitu dan melihat pada video tersebut kelihatan lebih dari 10 naskah telah dibuang di dalam longkang.

@malaysiagazette

Tular di laman media sosial rakaman video beberapa individu mengutip naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab ke dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni. . Video: Sosial Media . #malaysiagazette #mgnews #alquran #alqurandibuangdalamlongkang #tamansrimurni #gombak

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Tindakan boleh dikenakan kepada pihak yang sengaja buang al-Quran

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat perbuatan itu kerana ia adalah berdasarkan peruntuk undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Facebook, beliau turut memaklumkan siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya ingin memaklumkan bahawa JAWI telah mengambil tindakan berkerjasama dengan PDRM membuat siasatan di bawah bidang kuasa masing-masing susulan video pembuangan al-Quran yang dipercayai berlaku di salah satu lokasi sekitar Kuala Lumpur sebagaimana ditularkan.

“Siasatan lanjut telah dilakukan oleh pihak PDRM yang akan dimaklumkan kepada JAWI.

“Saya berasa amat dukacita dengan kejadian tersebut. Tindakan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja melakukan perbuatan terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Puji sikap prihatin orang ramai untuk pelihara kitab suci al-Quran

Menurut beliau, jabatannya turut memuji keprihatinan tinggi pihak berkuasa serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid setempat serta kerjasama yang diberikan oleh orang ramai dalam menangani isu ini dengan bersungguh-sungguh dan berhemah sebagai tanda menghormati kemuliaan al-Quran.

Jabatan itu turut menasihatkan orang agar sentiasa memelihara kemuliaan naskah kitab suci tersebut pada setiap waktu.

“Garis panduan dan kaedah untuk melupuskan naskah al-Quran boleh dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN).

“Ia perlu diurus dengan penuh cermat dan tertib untuk menjaga kemuliaan ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.