Duda Dicekup Berkhalwat Dengan Janda Anak 11, Guna Alasan Menumpang Kerana Tiada Air Di Rumah

Seorang lelaki berstatus duda telah ditahan bersama seorang janda yang memiliki anak seramai 11 di Taman Maju, Melaka pada 19 Februari lalu.

Apa yang mencuri tumpuan apabila dia menggunakan alasan tiada bekalan air di rumah menjadi sebab dia menumpang di rumah wanita yang juga kakak angkatnya itu.

Lelaki berusia 35 tahun yang juga bapa kepada dua orang anak berkenaan merupakan anggota pasukan keselamatan.

Difahamkan dia memberikan alasan tiada air itu untuk untuk meraih simpati penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang datang membuat serbuan.

Janda anak 11 tunangan orang, nak kahwin April depan

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat memaklumkan hasil pemeriksaan lanjut ke atas janda berkenaan mendapati dia merupakan tunangan orang yang akan melangsungkan perkahwinan kali ketiga pada bulan April.

“Anggota penguat kuasa terpaksa menunggu 15 minit sebelum pintu dibuka oleh seorang wanita. Ketika itu didapati lampu di bilik hadapan rumah teres itu masih bernyala.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki iaitu anak wanita itu berusia 16 tahun dan seorang duda di atas katil dalam bilik hadapan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di bilik belakang.

“Ketika ditanya anggota unit beruniform itu memberi alasan rumahnya tiada bekalan air dan terpaksa bermalam di rumah janda terbabit yang sudah dua kali bercerai sebelum ini,” ujarnya ketika dihubungi Harian Metro.

Jelasnya, lapan anggota Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) dan Ibu Pejabat JAIM terlibat dalam satu operasi yang dilakukan kira-kira jam 3.20 pagi pada 19 Februari lalu.

Lelaki merupakan kawan anak lelaki kepada janda

Jelas Che Sukri, siasatan awal yang dilakukan mendapati lelaki tersebut telah bercerai dengan bekas isterinya pada Januari lalu dan merupakan kawan kepada anak lelaki janda berkenaan yang kemudian dijadikan kakak angkat.

Menurut beliau, wanita terbabit tidak bekerja dan memiliki lapan orang anak ketika perkahwinan pertama dan tiga lagi semasa perkahwinan kedua. Janda tersebut sebelum ini turut pernah ditahan pada dua tahun lalu atas kesalahan yang sama iaitu berkhalwat dengan lelaki lain.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka bersekedudukan sejak setahun lalu dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

“Sementara itu, anak wanita itu disiasat mengikut Seksyen 34 Enakmen sama kerana bersubahat,” jelasnya.

Kejayaan operasi tersebut merupakan kerjasama dari orang awam serta ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM untuk menghindar dari berlaku aktiviti tidak baik dan maksiat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

23 mins ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

59 mins ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

1 hour ago
  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

5 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

6 hours ago