Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tindakan seorang lelaki menayang video dengan tangan bergari dan memegang senjata api hingga ia tular di media sosial mengundang padah apabila dia ditahan polis pada 18 Februari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, pihaknya telah menerima laporan berhubung penularan video tersebut di laman Telegram Edisi Siasat pada 6.15 petang, Jumaat (17 Februari).
Sehubungan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Suspek ditahan dan direman sehingga 21 Feb
“Pada 18 Februari sekitar jam 1.05 pagi, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun.
“Hasil kejayaan tangkapan tersebut, pihak polis telah merampas sebuah telefon timbit jenis Vivo dan sseutas jam tangan berjenama,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Polis tahan lelaki tayang pistol, gari dalam video
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang dilihat memegang sepucuk pistol dengan dua tangannya bergari dalam sebuah kereta seperti dalam satu rakaman video yang tular, baru-baru ini. pic.twitter.com/QjsaQefpVT