fbpx
Now Reading
Individu Berlakon Jadi TMJ Dan Minta Bayaran Untuk Perniagaan Di Media Sosial Diburu Polis
menyamar jadi TMJ

Individu Berlakon Jadi TMJ Dan Minta Bayaran Untuk Perniagaan Di Media Sosial Diburu Polis

Menurut Ketua Polis Johor, individu berkenaan telah menghantar mesej kepada 8 syarikat dan ada yang terpedaya apabila memindahkan sejumlah wang kepada akaun seperti yang arah oleh pihak tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis kini sedang mengenal pasti dan memburu individu tidak bertanggungjawab yang menyamar menjadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meminta wang di media sosial.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar menyatakan polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh Media Istana Johor tentang satu tangkap layar yang memaparkan mesej individu tersebut menggunakan akaun Instagram TMJ atas nama ‘hrhcrownprinceofjohor’.

“Polis menerima laporan pada jam 2.35 petang (21 Februari) berkenaan satu tangkap layar Instagram yang menggunakan akaun Tunku Ismail, memaparkan mesej pihak berkenaan yang mengaku sebagai TMJ.

“Mesej berkenaan didakwa dihantar ke beberapa pihak untuk meminta sejumlah bayaran bagi urusan perniagaan,” ujarnya.

Ubah suai tangkap layar untuk menyamar jadi TMJ

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati individu berkenaan menyamar menjadi TMJ dengan mengubah suai tangkap layar itu untuk berhubung dengan mangsa.

“Suspek mengubah dan menggunakan gambar profil akaun Instagram TMJ supaya mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan Tunku Ismail,” jelasnya.

8 syarikat terima mesej & ada yang jadi mangsa penipuan kerana memindahkan sejumlah wang

Ujar Kumar, sehingga kini sebanyak lapan syarikat telah menerima mesej itu dan ada yang menjadi mangsa penipuan pihak itu apabila memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun seperti yang diminta. Kata pihak itu ia adalah untuk mendapatkan projek yang ditawarkan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana melakukan penyamaran dan Seksyen 420 kanun sama disebabkan menipu.

Dalam masa sama, pihak polis menasihatkan individu yang menjadi mangsa pihak berkenaan untuk segera membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan secara menyeluruh.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dan hendaklah membuat semakan terlebih dahulu mengenai maklumat di media sosial sebelum menjalankan sebarang urusan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.