Digantung UMNO : Hishammuddin Hussein Beri 4 Sebab Kenapa Dia Tidak Akan Buat Rayuan [Video]
Menurut Hishammuddin Hussein, antara sebab beliau tidak mahu membuat rayuan kerana sehingga hari ini tidak mengetahui punca penggantungannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, UMNO telah bertindak untuk mengantung kehalian beberapa ahli pemimpinnya seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Shahril Sufian Hamdan, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Seri Mohd Salim Sharif.
Bukan itu sahaja,ada juga pemimpin yang dipecat antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ), bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan juga Tun Faisal.
Susulan dari tindakan itu, terdapat beberapa pemimpin yang berpendirian untuk tidak akan membuat rayuan antaranya adalah KJ dan Tun Faisal.
Baca artikel berkaitan: KJ Tetap Dengan Pendirian Tak Akan Buat Rayuan Kepada MKT UMNO
Hishammuddin sahkan enggan buat rayuan lepas digantung UMNO
Terbaharu, Hishammuddin Hussein turut mengesahkan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang rayuan kepada parti berkenaan berhubung penggantungannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok rasmi miliknya, Hishammuddin menyatakan ada yang bertanya adakah beliau akan membuat rayuan.
Namun jawapannya adalah sama sekali tidak akan melakukannya.
Nyatakan 4 sebab tak buat rayuan
Bekas Menteri Pertahanan itu kemudian menyatakan empat sebab beliau enggan untuk membuat rayuan terhadap parti itu.
“Sampai hari ni kita tak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa? Kedua, dia gantung tidak ikut proses, tak ikut prosedur.
“Saya tak diminta untuk jawab ke lembaga disiplin. Tak ada surat dikeluarkan lembaga disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis,” jelasnya.
Jika buat rayuan seperti bersalah
Yang ketiga, beliau merasakan tidak perlu membuat rayuan kepada pihak yang membuat keputusan untuk menggantungnya selain tindakan itu seolah-olah beliau sudah melakukan kesalahan.
“Dan keempat kalau kita rayu macam kita ni bersalah. Jadi hari ni, saya minta restu dan izin daripada keluarga di Sembrong. Saya tak tergamak nak buat rayuan,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila ada yang kagum dengan pendiriannya dan ada juga meminta agar dia menyertai parti lain.