fbpx
Now Reading
Bajet 2023: Ini Antara Inisiatif & Bantuan Yang Diumumkan PM Anwar Ibrahim
Bajet Belanjawan 2023_ Ini Antara Inisiatif & Bantuan Yang Diumumkan PM Anwar Ibrahim (1)

Bajet 2023: Ini Antara Inisiatif & Bantuan Yang Diumumkan PM Anwar Ibrahim

Antara inisiatif Belanjawan 2023 adalah pengurangan bayaran PTPTN, di mana bagi peminjam yang bergaji bawah RM1,800 ke bawah bagi tempoh 6 bulan boleh membuat penangguhan mulai 1 Mac.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (24 Februari) telah membentang Belanjawan Malaysia Madani 2023 yang berjumlah RM388.1 billion.

Angka ini sekali gus, menjadikan belanjawan 2023 yang terbesar dalam sejarah.

Ketika pembentangan dilakukan Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa insiatif bantuan yang akan disediakan buat rakyat di negara ini, antaranya:

1. Komputer riba

Pada tahun ini kerajaan akan membekalkan sekolah serta institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan 50,000 komputer riba.

2. Diskaun bayaran PTPTN sehingga 20%

Berkait tentang pinjaman PTPTN, kerajaan bersetuju untuk :

  • Memberi diskaun bayaran balik untuk pinjaman PTPTN selama 3 tahun bermula 1 Mac sehingga 20%.
  • Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, kerajaan akan memberikan penangguhan bayaran semula kepada peminjam yang bergaji RM1,800 ke bawah bagi tempoh 6 bulan dan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac depan.

3. Pengurangan kadaar cukai pendapat kepada golongan M40

Sebelum ini, golongan B40 sering mendapat bantuan berbanding kumpulan pertengahan M40.

Oleh itu, bermula 2023 kadar cukai pendapatan individu pemastautin akan dikurangkan sebanyak 2% melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.

Pengurangan cukai ini dijangka akan memberi manfaat kepada 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

4. Kesihatan

Sebanyak RM120 juta akan disediakan untuk Skim Perubatan Madani yang bakal diperkenalkan khusus buat golongan miskin untuk mendapatan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor.

5. Pinda Akta Insolvensi bantu individu muflis

Bagi mereka yang diisytihar muflis kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 agar kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

Untuk kes kecil seperti hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini. Kerajaan menyasarkan 130 ribu rakyat dilepaskan dari status muflis dengan lulusnya pindaan tersebut.

6. Keperluan kaum wanita yang terpaksa berhenti kerja

Untuk menggalakkan wanita kembali bekerja, PERKESO akan membuat pindaan Aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80% dari nilai gaji yang diinsurankan pekerja.

Sekitar 130 ribu wanita kembali bekerja dianggarkan akan mendapat manfaat ini yang melibatkan dana RM290 juta setahun.

7. KWSP

Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM500 ke dalam akaun 1 buat pencarum.

Malah menerusi inisiatif ini seramai hampir 2 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun ia hanya akan melibatkan ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang dari RM10,000 di dalam akaun 1 mereka.

8. Keluarga Miskin Tegar Layak Terima STR Maksimum RM3K

Kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1. Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya:

  • Isi rumah pendapatan kurang 2,500 ringgit, layak terima sumbangan sehingga 2,500 ringgit bergantung kepada bilangan anak.
  • Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan 600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai 600 ringgit kepada mereka. Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum 3,100 ringgit.

9. Kredit e-Tunai Belia Rahmah RM200 Untuk Belia

Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 ringgit dengan peruntukan RM400 juta untuk 2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

10. Inisiaitif Pendapatan Rakyat (IPR) bantu golongan miskin tingkatkan pendapatan

Kerajaan bakal melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.

Sejumlah RM750 juta peruntukan disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.

11. Wakaf Madani bantu golongan fakir miskin, pendapatan rendah & rentan

Kerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf MADANI dengan aset-aset bernilai lebih 1 bilion ringgit. Aset-aset yang terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.