fbpx
Now Reading
Bajet 2023: Sumbangan Caruman RM500 Untuk Ahli KWSP Berusia 40 -54 Tahun Yang Jumlah Akaun 1 Kurang RM10,000

Bajet 2023: Sumbangan Caruman RM500 Untuk Ahli KWSP Berusia 40 -54 Tahun Yang Jumlah Akaun 1 Kurang RM10,000

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi, tiada sebarang pengumuman mengenai pengeluaran KWSP yang diumum Anwar Ibrahim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, salah satu topik yang begitu ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2023 adalah kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Namun menerusi pembentangan sebentar tadi, tiada sebarang pengumuman mengenai pengeluaran KWSP yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 sebanyak RM500 buat pencarum.

Menurut PM, program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

Sumbangan caruman hanya untuk ahli usia 40-54 tahun yang kurang RM10k

Ia bagaimanapun hanya akan melibatkan ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka.

“Setelah negara dibelenggu dengan musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.

“Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima untuk menyera kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

“Pada masa yang sama, Kerajaan berharap Rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat,” kata beliau sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen.

Tambahnya kerajaan perlu buat pilihan untuk tidak membenarkan pengeluaran demi melindungi dividen golongan B40.

“Kalau kerajaan beri RM500 kepada golongan miskin, kemudian golongan kaya dibenarkan membuat pengeluaran.

“Dividen orang miskin yang ramai itu akan terjejas. Kita perlu buat pilihan di sini. Kalau buat kenyataan popular tiada perincian (detail) . Ini keputusan yang sangat penting,” kata PM lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.