fbpx
Now Reading
Kerajaan Pinda Akta Insolvensi, Kes Muflis Kecil Bawah RM50k Akan Dilepaskan Serta-Merta

Kerajaan Pinda Akta Insolvensi, Kes Muflis Kecil Bawah RM50k Akan Dilepaskan Serta-Merta

Dengan pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat akan dilepaskan daripada status muflis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

Jelas beliau, setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak-anak muda majoritinya Melayu yang mempunyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara.

Tambah PM lagi, sementara menunggu kelulusan pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya
kurang RM50,000 ribu ringgit dan memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

“Rakyat yang diisytihar muflis berhak mempunyai peluang kedua,” tegas beliau sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen.

Dengan pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat akan dilepaskan daripada status muflis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.