fbpx
Now Reading
Selepas 2 Tahun, Lelaki Warga Indonesia Yang Tetak Rakan Senegara Ditahan Polis
Lelaki warga indonesia ditahan

Selepas 2 Tahun, Lelaki Warga Indonesia Yang Tetak Rakan Senegara Ditahan Polis

Menurut polis, suspek direman bermula 21 Februari dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada hari ini (24 Februari).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis gara-gara bertindak agresif dengan menetak rakan senegaranya menggunakan parang kerana salah faham pada dua tahun lalu.

Difahamkan perselisihan faham antara individu berkenaan yang berlaku di kebun getah Titi, Jelebu, Negeri Sembilan pada 2021 adalah disebabkan tempat tinggal.

Suspek merupakan individu dikehendaki polis

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin memaklumkan melalui info yang diterima lelaki itu merupakan suspek yang dicari oleh pihak polis.

Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kemudian berjaya menahan suspek di tepi jalan besar Titi pada Isnin lepas (20 Februari).

Suspek datang tetak lelaki di kebun getah sebelum melarikan diri

Jelasnya, insiden ditetak itu berlaku pada pagi Februari 2021, ketika mangsa dan isterinya sedang menoreh getah di Jalan Titi- Genting Peras, Jelebu.

Lelaki itu kemudian datang menetak mangsa dan suspek kemudian dikatakan melarikan diri sebelum berjaya ditangkap pada 20 Februari lalu.

“Secara tiba-tiba datang seorang lelaki sewarganegara yang dikenali menetak si suami menggunakan parang. Mangsa mengalami kecederaan dan pasangan berkenaan kemudiannya melarikan diri dari kebun dan terus ke balai polis berhampiran bagi membuat laporan.

“Manakala suspek pula melarikan diri selepas kejadian tersebut namun akhirnya berjaya ditangkap dalam serbuan melalui maklumat yang diterima polis memandangkan suspek telah disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis sebelum ini,” ujarnya.

Suspek ada rekod jenayah lampau

Menurut beliau, lelaki yang berumur 49 tahun itu turut mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Mengulas lanjut, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Individu itu turut direman bermula Selasa (21 Februari) dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada hari ini (24 Februari).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.