fbpx
Now Reading
Gara-gara Bawa 3 Biji Telur Dalam Dewan Rakyat, Wee Ka Siong Terima Surat Saman

Gara-gara Bawa 3 Biji Telur Dalam Dewan Rakyat, Wee Ka Siong Terima Surat Saman

Menurut Ka Siong, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat untuk membangkitkan isu melibatkan kepentingan negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menerima surat peguam daripada pengimport telur dari India ekoran kenyataannya ketika mencelah sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu lalu (22 Februari).

Difahamkan, Ka Siong yang juga Presiden MCA itu mencelah perbahasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga.

“Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini, saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham.

“Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat kepada saya,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam (28 Februari).

Ka Siong hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Rakyat

Sementara itu, menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Ka Siong berkata beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat untuk membangkitkan isu melibatkan kepentingan negara.

“Saya tak pernah sebut nama mana-mana syarikat atau individu dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat. Tapi, mereka yang hantar surat peguam kepada saya pula, jadi saya jawablah surat tersebut.”

Bawa 3 biji telur dalam Dewan Rakyat untuk perbandingan

Terdahulu, bekas Menteri Pengangkutan itu mencuri perhatian ramai apabila membawa tiga biji telur ayam berlainan jenis iaitu telur India, telur omega dan telur tempatan ke dalam Dewan Rakyat.

Ka Siong antara Ahli Parlimen yang sering menyuarakan isu kekurangan telur itu membawa tiga jenis telur untuk ditunjukkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi tujuan membuat perbandingan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.