fbpx
Now Reading
Gara-gara Hantar Video Lucah Pada Wanita, Penganggur Didenda RM6,000

Gara-gara Hantar Video Lucah Pada Wanita, Penganggur Didenda RM6,000

Lelaki terbabit yang masih bujang menghadiri prosiding dengan diiringi polis selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepadanya kerana gagal hadir pada bulan lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menghantar video lucah menerusi aplikasi Telegram kepada seorang wanita pada tiga tahun lalu, seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub hari ini (1 Mac).

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya turut memerintah tertuduh, Muhaimi Nabil Muatnan yang berusia 35 tahun selaku Orang Kena Saman (OKS) dihukum penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Guna akaun Telegram telefon bimbit untuk hantar video lucah

Lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Januari 2020 pukul 10.47 pagi dengan menggunakan akaun Telegram telefon bimbitnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dengan hantaran itu dibaca pada 11.00 pagi hari yang sama di Kuala Lipis, Pahang.

Dia didakwa dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Nabil yang belum berkahwin menghadiri prosiding dengan diiringi polis selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepadanya kerana gagal hadir pada bulan lalu.

Beri alasan terlibat dalam kemalangan punca gagal hadir ke mahkamah sebelum ini

Dia mengatakan telah terlibat dalam kemalangan di Bentong pada hari tersebut, namun tidak membuat laporan polis sebaliknya berpatah balik ke rumah dalam keadaan stereng yang rosak.

Alasan itu diberikan oleh Nabil ketika ditanya mengapa tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan.

Rayu hukuman denda minimun dikenakan kerana tidak bekerja

Dalam masa sama, Nabil yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kepadanya kerana telah diberhentikan kerja, selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mai Zairani Zainal Abidin meminta agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada lelaki terbabit dan sesiapa sahaja yang cenderung melakukan kesalahan terbabit.

“Kami memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang bukan sahaja setimpal dengan keseriusan kesalahan, tetapi juga memberi indikasi mahkamah tidak akan bertoleransi dengan kesalahan seperti ini,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.