fbpx
Now Reading
Lelaki Dicekup Curi Seluar Dalam Wanita
Lelaki ditahan curi seluar dalam wanita

Lelaki Dicekup Curi Seluar Dalam Wanita

Menurut ACP Fakhruddin, suspek akan dibawa ke majisteret pada 2 Mac untuk dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kegiatan mencuri seluar dalam wanita yang dilakukan oleh seorang lelaki di sebuah kawasan perumahan akhirnya mengundang padah selepas dia ditahan pihak polis di Petaling Jaya pada 23 Februari (Khamis) lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut kira-kira 6.44 petang, pada 23 Februari lepas.

Suspek warga tempatan, 2 helai seluar dalam turut dirampas

Suspek, seorang warga tempatan berusia 44 tahun kemudiannya berjaya ditahan pada hari sama sekitar jam 8.27 malam.

“Pihak polis turut merampas dua helai seluar dalam wanita untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Kata beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek akan dibawa ke hadapan majistret 2 Mac untuk dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelas Fakruddin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.