fbpx
MENTEGA TERBANG

Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah & Cara Hidup Umat Islam di Malaysia – JAKIM

Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kandungan yang boleh mencemarkan agama Islam khususnya yang boleh mengundang kontroversi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial berhubung sebuah filem tempatan berjudul Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan menyentuh sensitiviti agama Islam.

Menerusi filem berkenaan terdapat beberapa babak yang sensitif di mana watak utama, Aishah iaitu seorang remaja wanita meminta untuk memakan daging khinzir dari seorang rakannya yang bukan beragama Islam.

Selain itu bapanya juga disifatkan seperti berfahaman liberal kerana tidak menghalang sekiranya dia ingin mengikuti fahaman agama lain.

Kandungan dan jalan ceritanya menyebabkan filem yang disiarkan pada 19 Januari lalu di sebuah platform berbayar mengundang kebimbangan di kalangan orang ramai yang khususnya umat Islam.

Filem bertentang dengan akidah & cara hidup umat Islam di Malaysia

Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bertindak untuk meneliti kandungan filem berkenaan dan mendapati ia bertentangan dengan akidah dan juga cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menyatakan beliau memahami terhadap sensitiviti masyarakat di negara ini terutama bagi yang beragama Islam tentang isu filem Mentega Terbang itu.

Diminta kemuka ulasan terperinci kepada SKMM untuk tindakan lanjut

Oleh itu, JAKIM memaklumkan pihaknya telah diminta untuk mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan boleh dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya.

“Ingin ditegaskan, bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya serta cara hidup,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Penggiat seni dinasihatkan berhati-hati dalam kandungan yang diterbitkan

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan penggiat seni untuk lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan kandungan kepada masyarakat supaya ia matlamat kerajaan untuk menuju ke Negara Madani boleh dicapai.

Selain penggiat seni, orang ramai juga disarankan untuk berhati-hati dengan pemilihan kandungan Televisyen yang ingin ditonton seisi keluarga tidak kira di dalam talian atau saluran lain supaya terlindung dari unsur yang boleh menjejaskan akidah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.