fbpx
Now Reading
Kepala Kereta Api Dari Tumpat Ke Johor Bahru Terbakar, 296 Penumpang Selamat

Kepala Kereta Api Dari Tumpat Ke Johor Bahru Terbakar, 296 Penumpang Selamat

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Zulkifli Osman, kebakaran bermula di bahagian enjin kepala kereta api sebaik memulakan perjalanan dari Stesen Tanah Merah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

398 penumpang KTM Ekspres Rakyat Timuran Tumpat, Kelantan ke Johor berdepan detik cemas apabila kereta api dinaiki terbakar malam tadi (12 Mac).

Kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam itu berlaku apabila enjinnya tiba-tiba terbakar selepas mengambil penumpang di Stesen Tanah Merah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Zulkifli Osman, kebakaran bermula di bahagian enjin kepala kereta api sebaik memulakan perjalanan dari stesen berkenaan.

“Api tiba-tiba muncul di bahagian enjin ketika kereta api tiba di kawasan Taman Tasek Kiara iaitu kira-kira 500 meter dari Stesen Tanah Merah.

“Sepasukan 12 pegawai dan anggota bertungkus-lumus memadamkan api yang membabitkan kebakaran sebanyak 90%,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Tambah beliau lagi, semua penumpang disahkan selamat namun penolong pemandu mengalami sesak nafas dan sudah dihantar ke Hospital Tanah Merah. Kakitangan KTMB itu bagaimanapun dalam keadaaan stabil.

“Semua penumpang selamat, namun seorang penolong pemandu mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tanah Merah serta dilaporkan stabil.

Api kemudiannya dapat dikawal pada jam 11.50 malam manakala pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan kerja menunda bahagian gerabak yang terjejas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.