fbpx
Now Reading
Kes Mayat Kerat 6: Mangsa Dibunuh Rakan Sekerja Kerana Dendam Peribadi
Mayat dalam bagasi milik warga asing

Kes Mayat Kerat 6: Mangsa Dibunuh Rakan Sekerja Kerana Dendam Peribadi

Menurut pihak polis, mangsa telah dibunuh dan dikerat oleh rakan sekerjanya di dalam sebuah bilik stor pangsapuri di Sungai Buloh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang penemuan satu mayat yang dikerat enam di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan susur Rawang Selatan arah utara di Kuala Lumpur pada 17 Januari lalu.

Lebih mengejutkan carian pihak polis di kawasan berkenaan kemudiannya turut menemukan sebuah bagasi yang turut mengandungi anggota badan yang lain.

Baca artikel berkaitan: Mayat Dikerat 6 Ditemukan Dalam Bagasi Di Tepi Lebuhraya Utara-Selatan

Polis tahan 15 warganegara asing siasat kes pembunuhan mayat dalam bagasi

Terbaharu, pihak polis telah menahan 15 individu warga asing bagi menyiasat tentang kes tersebut.

Dari jumlah individu yang ditahan, seramai 13 orang warga Nepal (12 lelaki dan seorang wanita), dua lagi Indonesia (seorang lelaki seorang perempuan) dan seorang lelaki Filipina yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.

Terdapat seorang lagi yang disyaki terlibat masih bebas

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan berdasarkan siasatan, enam dari suspek tersebut berumur 24 hingga 30 tahun disyaki terlibat dalam pembunuhan mayat di dalam bagasi itu, bagaimanapun terdapat seorang darinya yang masih bebas.

“Kita sudah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh dalam masa terdekat terhadap tiga lelaki termasuk yang masih bebas,” ujarnya dalam sidang media semalam (2 Mac).

Motif pembunuhan adalah dendam peribadi

Menurut beliau, berdasarkan hasil siasatan polis kepada semua individu yang ditahan mendapati motif pembunuhan itu dipercayai dendam peribadi.

Ini kerana kesemua warga asing yang terlibat merupakan rakan sekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Sungai Buloh.

Jelasnya, mangsa yang berusia 48 tahun itu telah dibunuh serta dikerat oleh rakan sekerjanya di dalam sebuah bilik stor pangsapuri di tempat mereka bekerja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.