fbpx
Now Reading
Penjara Silap Hantar Mayat: “Adakah Kerajaan Akan Minta Maaf Pada Ahli Keluarga?” – MP Ipoh Barat

Penjara Silap Hantar Mayat: “Adakah Kerajaan Akan Minta Maaf Pada Ahli Keluarga?” – MP Ipoh Barat

M Kulasegaran turut menyoalkan sama ada kerajaan akan membayar pampasan kepada ahli keluarga tahanan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran semalam (6 Mac) membangkitkan persoalan sama ada kerajaan akan memohon maaf kepada ahli keluarga seorang banduan berhubung kesilapan tertukar identiti mayat di Hospital Sungai Buloh pada 3 Mac lalu.

Kulasegaran yang juga dari pihak kerajaan itu turut menyoalkan adakah keluarga tahanan akan menerima pampasan selepas terpaksa menanggung kerugian kerana sudah berbelanja ribuan ringgit sebagai persediaan mengebumikan mayat terbabit.

“Adakah kerajaan rela untuk meminta maaf kepada keluarga yang anak mereka belum meninggal dunia tetapi dikatakan telah meninggal dunia?

“Membayar pampasan dan mengambil tindakan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Difahamkan, soalan itu diajukan oleh beliau ketika membahas Bajet 2023 di Dewan Rakyat semalam (6 Mac)

Suami isteri terkejut, mayat yang ingin dikebumikan bukan anak mereka

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri terkejut dan bingung apabila mayat yang mahu dikebumikan selepas disahkan meninggal dunia di Penjara Sungai Buloh akibat kegagalan paru-paru rupanya bukan anak mereka.

Banduan terbabit meninggal dunia pada 2 Mac lalu dibawa pulang dari Hospital Sungai Buloh pada Sabtu (4 Mac). Namun ketika urusan menyemadikan mendiang, ahli keluarga menerima panggilan dari Penjara Sungai Buloh memaklumkan bahawa anak mereka masih hidup.

Keluarga tersebut bukan sahaja tidak tahu mayat siapa yang dibawa balik, bahkan sudah berbelanja ribuan ringgit sebagai persediaan mengebumikan mayat yang disangka anak mereka itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan menerima laporan yang dibuat ahli keluarga tahanan berhubung salah faham itu.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat pada 4 Mac di Balai Polis Jinjang sebelum ianya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk siasatan lanjut.

Video

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.