fbpx
Now Reading
“Tiada Laluan Khas Untuk Dapat Tauliah Berceramah Di Selangor” – Pengerusi MAIS

“Tiada Laluan Khas Untuk Dapat Tauliah Berceramah Di Selangor” – Pengerusi MAIS

Menurut Abdul Aziz, permohonan tauliah berkenaan mempunyai kategori tertentu dan tempoh kelulusannya berbeza mengikut pecahan terbabit termasuk melalui tapisan keselamatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof memaklumkan tiada laluan khas diberikan kepada mana-mana penceramah untuk mendapatkan tauliah mengajar agama Islam sama ada memberi kuliah, ceramah atau tazkirah di negeri ini jika tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

Menurut laporan Utusan, Abdul Aziz berkata, penceramah di Selangor juga harus mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti melalui ujian bertulis, temu duga, dan mendapatkan kelulusan melalui Jawatankuasa Pentauliahan.

Pemohonon perlu berakhlak dengan akhlak Islam

Tambahnya lagi, antara syarat-syarat permohonan mendapatkan tauliah termasuklah pemohon perlulah berakhlak dengan akhlak Islam.

“Bukan terlalu susah terutamanya mestilah beragama Islam, berusia 18 tahun ke atas, sihat badan dan akal, tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah, mempunyai pengetahuan tentang agama Islam sekurang-kurangnya empat sanawi, mendapat kebenaran bertulis dari majikan dan pemastautin Selangor.

“Untuk mendapatkan tauliah boleh berceramah di surau dan masjid di Selangor ada prosedurnya, boleh memohon. Kita ada jawatankuasa tauliah, jadi kalau tiada (memenuhi syarat), tak bolehlah, as simple as that,” katanya dalam sidang akhbar hari ini (7 Mac).

Permohonan tauliah mempunyai kategori tertentu dan tempoh kelulusan berbeza

Pada masa sama, Abdul Aziz juga menyatakan permohonan tauliah tersebut mempunyai kategori tertentu dan tempoh kelulusannya berbeza mengikut pecahan terbabit termasuk melalui tapisan keselamatan.

“Lama atau tidak permohonan itu bergantung kepada kompleksiti pemohon itu, kalau semuanya teratur mengikut syarat-syarat ditetapkan, lulus ujian bertulis dan temuduga, tiada masalah.

“Bila lulus proses temuduga, ada tapisan keselamatan dibuat. Tiada unsur-unsur jenayah atau maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kemudian baru kita bawa ke jawatankuasa (untuk diteliti),” katanya lagi.

Dua ceramah dari penceramah bebas terkenal di batalkan

Terdahulu BuzzKini melaporkan, kuliah maghrib oleh penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sepatutnya berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada 26 Februari lalu telah dibatalkan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Batal Kerana Tiada Tauliah Mengajar Agama – JAIS

Manakala, dua ceramah Ustaz Wadi Anuar yang juga sepatutnya berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada 10 Mac dan Padang Astaka Tanjung Karang pada 11 Mac turut dibatalkan.

Pembatalan itu dilakukan oleh JAIS selepas mendapati kedua-dua penceramah itu tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di Selangor.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.