McDonald’s Perkenal 3 Hidangan Menu Rahmah Serendah RM5

Sejak diperkenalkan pada 31 Januari yang lalu, ramai pengusaha kedai makanan telah mula melakukan inisiatif Menu Rahmah untuk membantu golong B40 mendapatkan hidangan yang lengkap dengan harga serendah RM5.

Malah apa yang lebih menarik perhatian, inisiatif ini tidak hanya dilakukan oleh peniaga kecil tetapi syarikat besar seperti Mydin, Burger King serta banyak lagi.

Terbaharu, syarikat restoran makanan segera iaitu McDonald’s Malaysia turut tidak melepaskan peluang dengan melancarkan Menu Rahmah sebagai inisiatif untuk membantu rakyat dalam meringankan kos sara hidup mereka.

Tawar 3 jenis hidangan serendah RM5

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai,restoran terkenal itu menawarkan sebanyak tiga jenis hidangan pada harga RM5.

Hidangan Menu Rahmah ini juga boleh didapati di lebih 300 cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia.

Inisiatif McDonald’s bantu rakyat terbeban

Jelasnya, inisitif tersebut merupakan sokong serta komitmen McDonald’s kepada usaha yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu rakyat yang terkesan.

“Sebagaimana jenama yang dekat di hati rakyat, kita menyokong inisiatif yang bermakna ini dan dengan pelancaran menu ini membolehkan kami menyediakan hidangan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang untuk bersama menikmati hidangan kami pada bila-bila masa.

“Kita menawarkan burger ayam dan teh ais limau cawan kecil, bubur ayam (saiz kecil) dan teh ais limau (cawan kecil) dan Mc Egg juga bersama teh ais limau (cawan kecil),” jelasnya.

Majlis Pelancaran Menu Rahmah itu turut dilancarkan oleh Menteri KPDN iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Terdapat beberapa syarikat besar F&B akan sertai program Menu Rahmah

Dalam pada itu, Salahuddin Ayub turut memaklumkan terdapat beberapa lagi syarikat besar dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang akan menyertai inisiatif untuk menjalankan program Menu Rahmah pada minggu ini.

“Saya akan umumkan dua ke tiga lagi syarikat akan bersama-sama kita menjayakan Menu Rahmah dalam tempoh terdekat ini. Jadi rakyat kita akan mempunyai pelbagai pilihan sajian.

“Ketika ini juga kita sudah mempunyai sebanyak 1,152 kedai yang mempunyai Menu Rahmah dan penyertaan McDonald’s juga menutup mulut sesetengah pihak yang mendakwa Menu Rahmah menyediakan sajian berkelas rendah dan tidak berkhasiat.

“Ada yang berkata Menu Rahmah ini berkelas rendah sebaliknya ia tidak berlaku kerana pelbagai pihak mahu bersama-sama kita dalam usaha membantu lebih ramai golongan yang memerlukan,” ujar menteri itu.

Tiada harga siling ditetapkan kerana tidak mahu bebankan peniaga

Ketika ditanya adakah kerajaan bakal menetapkan harga siling buat program tersebut, menteri itu menyatakan ia tidak berlaku kerana Menu Rahmah dilakukan dengan konsep yang mudah serta tidak akan membebankan peniaga.

“Menu Rahmah adalah konsep yang mudah dan tidak akan membebankan peniaga yang mahu turut serta. Apa yang kita bincangkan adalah harga sajian ini dibawah RM5 dan berkesan membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama turut menafikan bahawa pemain industri F&B dipaksa untuk turut serta dalam program tersebut bagi membantu kelompok yang memerlukan.

Terdapat sesi libat urus bagi peniaga yang berminat sertai program Menu Rahmah

Menurut beliau, bagi pemain industri yang berminat untuk menyertai program Menu Rahmah mereka hanya perlu melalui proses sesi libat urus bersama KPDN terlebih dahulu sebelum menyertai program tersebut.

“Kita tidak membuat sebarang paksaan untuk pemain industri terbabit dalam program Menu Rahmah sebaliknya ada sesi libat urus dengan kementerian.

“Sebenarnya mereka ini sudah mempunyai keinginan untuk terbabit membantu seperti McDonald’s, sebuah jenama global bersedia untuk bersama kita menjayakan program ini,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

10 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago