fbpx
Now Reading
Naib Presiden PAS Dakwa Kerajaan Perpaduan Tidak Stabil & Tiada Halatuju

Naib Presiden PAS Dakwa Kerajaan Perpaduan Tidak Stabil & Tiada Halatuju

Menurut Nik Amar, semua retorik yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga tidak terlaksana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyifatkan kerajan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak stabil berikutan wujudnya kepincangan, pergolakan dan rasa kurang puas hati dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerjasama itu.

Menurut Utusan, Nik Amar berkata hal ini dapat dilihat semasa perbahasan di parlimen apabila DAP dan beberapa wakil rakyat dari Gabungan Parti Sabah (GPS) seolah-olah tidak sekutu dengan beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan.

“Melalui pengalaman PAS sendiri, DAP boleh dikatakan tidak tahu menghormati orang lain. Mereka (DAP) sepatutnya tahu setiap parti mempunyai perjuangan masing-masing. Bila kita berkawan, kita sepatutnya menghormati rakan-rakan kita.

“Tetapi itulah perangai dan masalah utama DAP. Itu juga faktor utama yang menyebabkan PAS bermasalah dengan mereka,” katanya.

Kenyataan itu diberikan oleh Mohd. Amar ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Nik Amar beranggapan Kerajaan Perpaduan tiada halatuju

Dalam masa sama, Nik Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga menyatakan secara peribadi beliau menganggap Kerajaan Perpaduan tiada halatuju.

Jelasnya lagi, selepas 100 hari memimpin negara, Kerajaan Perpaduan seharusnya sudah mempunyai halatuju jelas yang dapat dilihat oleh rakyat, namun tidak berlaku sehingga kini malahan semua retorik diucapkan sebelum ini tidak terlaksana.

“Ia satu isu besar dan saya percaya, ramai pihak dari pelbagai latar belakang mempunyai pandangan serupa. Paling utama isu rasuah bila Timbalan Perdana Menteri sendiri dilantik individu yang menghadapi berpuluh pertuduhan mahkamah berkait kesalahan rasuah.

“Perkara itu sendiri sudah merosakkan retorik beliau (Anwar). Keduanya, parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan mahu ikut kepala masing-masing sahaja terutama DAP dan ia menjadi masalah kepada kerajaan,” katanya lagi.

Parti PKR ada pergolakan tapi tidak diceritakan secara umum

Beliau mendakwa di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri terdapat pergolakan dan meskipun ia tidak digembar gemburkan secara umum, tetapi terdapat maklumat mengenai perkara itu.

“Kerana itu kita berpandangan Kerajaan Perpaduan ini tidak akan bertahan lama. Ia berkaitan pergolakan dalaman mereka sendiri dan bukan khianat atau perancangan pihak luar,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.