fbpx
Now Reading
Remaja Di Terengganu Maut Terkena Tayar Treler Terpelanting Ketika Jual Air Buah

Remaja Di Terengganu Maut Terkena Tayar Treler Terpelanting Ketika Jual Air Buah

Lori treler berkenaan dalam perjalanan menuju ke Kampung Telaga Papan sebelum secara tiba-tiba salah sebiji tayar belakang tercabut dan terpelanting ke arah mangsa dan rakannya yang sedang menjual air buah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang remaja lelaki yang sedang menjual air buah maut selepas terkena sebiji tayar lori treler yang tercabut dan terpelanting ke tepi jalan di Kampung Merang, Setiu, Terengganu semalam (7 Mac).

Mangsa, Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazeri yang berusia 18 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada, dalam kejadian pada pukul 5.05 petang itu.

Manakala rakan mangsa, Nik Muhammad Afiq Rizani, 22, yang turut menjual air buah bersama-sama mengalami luka di mulut dan patah di bahagian tangan kanan.

Foto: FB/Polis Daerah Setiu

Tayar lori treler tercabut ketika dalam perjalanan ke Kampung Telaga Papan

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, semasa kejadian lori treler itu yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dikatakan dalam perjalanan menuju ke Kampung Telaga Papan, Kerteh.

Foto: FB/Polis Daerah Setiu

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah sebiji tayar belakang lori treler berkenaan tiba-tiba tercabut lalu terpelanting terkena kedua-dua mangsa yang berniaga di tepi jalan.

“Mayat Muhamad Airiel Rizman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera pula telah dihantar ke unit kecemasan hospital sama bagi menerima rawatan.

Jelas Afandi lagi, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.