fbpx
Now Reading
26 Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir, MB Johor Ucap Terima Kasih Pada Perdana Menteri

26 Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir, MB Johor Ucap Terima Kasih Pada Perdana Menteri

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia turut komited dalam membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, termasuk dengan memberikan moratorium.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan negeri Johor menyambut baik keputusan 26 bank yang bersetuju memberi bantuan kepada peminjam yang terjejas akibat banjir, termasuk pemberian moratorium

Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima cadangan dibuat oleh beliau sebelum ini.

“Saya ada dapat maklumat daripada Kerajaan Persekutuan, hampir 26 bank sudah bersetuju untuk berikan moratorium dan bagi pihak kerajaan negeri saya mengucapkan jutaan terima kasih Perdana Menteri kerana telah menjawab soalan tentang moratorium dalam sidang Dewan (Rakyat),” katanya.

Kenyataan itu berikan oleh Onn Hafiz selepas melancarkan Majlis Pelepasan Konvoi Banjir Southern Volunteers (SV) di Dataran Mahkota, Kota Iskandar semalam (8 Mac).

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia turut komited bantu mangsa banjir

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan pula berkata, pihaknya komited membantu mangsa banjir di seluruh negara, termasuklah dengan memberi moratorium.

Jelasnya, mangsa-mangsa banjir yang terkesan dan memerlukan bantuan bolehlah menghubungi bank masing-masing.

Pada masa sama, Onn Hafiz juga memberitahu bahawa seramai 231 sukarelawan SV telah digerakkan ke daerah Segamat yang merupakan salah sebuah daerah yang teruk terjejas akibat banjir kali ini.

“Kita harap dengan bantuan yang kita gembleng dapat me­ringankan beban mangsa banjir, bukan sahaja pada ketika banjir berlaku, malah juga selepas banjir iaitu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

“Seramai 231 sukarelawan daripada pelbagai agensi, antaranya pejabat daerah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Persatuan Bulan Sabit Merah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat sama,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.