fbpx
Now Reading
Edar Ganja Dalam Cecair Vape, Pelakon & 3 Rakan Berdepan Hukuman Mati
Pelakon & 3 rakan didakwa edar dadah

Edar Ganja Dalam Cecair Vape, Pelakon & 3 Rakan Berdepan Hukuman Mati

Berdasarkan pertuduhan, kesemua individu termasuk pelakon berkenaan didakwa mengedar dadah jenis Kenabis dianggarkan seberat 494 gram di sebuah kedai vape milik aktor tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Empat individu termasuk seorang pelakon telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di sebuah kedai vape.

Memetik laporan Bernama, pertuduhan ke atas empat individu iaitu pelakon, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, Sarvinder Singh Hernam Singh, 23, Delson Dean Samson Akmal, 26, serta Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30 telah dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dari empat individu terbabit

Walau bagaimanapun tiada sebarang pengakuan dirakamkan oleh empat individu berkenaan kerana kes tersebut membabitkan hukuman mati iaitu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Difahamkan pelakon berkenaan merupakan pemilik bagi premis vape itu manakala dua lagi tertuduh iaitu Delson Dean dan Sarvinder Singh adalah pekerja di sana. Seorang lagi tertuduh, Muhammad Amir Hafiz merupakan penjual burger.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua individu terbabit didakwa mengedar dadah jenis kanabis yang dianggarkan seberat 494 gram, di sebuah premis vape di Taman OUG Parklane, Off Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam, 3 Januari lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dikenakan hukuman sebat tidak kurang dari sembilan sebatan serta penjara seumur hidup.

Timbalan Pendakwa Raya mohon tarikh baru sebutan kes

Sewaktu sebutan kes di hadapan majistret semalam (8 Mac) Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan meminta agar tarikh sebutan kes baharu diberikan memandangkan pihaknya belum menerima sebarang laporan kimia berhubung kes itu.

Mahkamah kemudian membuat keputusan untuk menetapkan kepada 31 Mac untuk sebutan semula.

Prosiding terbabit turut dihadiri oleh peguam Mohamed Ashmeer Ashrof yang mewakili Said Muhammad Ismail, Delson Dean serta Muhammad Amir Hafiz dan Sarvinder Singh pula diwakili oleh peguam Shastidaran Sathaiseelan.

Said Muhammad Ismail sebelum ini pernah membintangi drama ‘Hati Tanpa Rasa’.

Terdahulu, media ada melaporkan berhubung tiga individu termasuk seorang pelakon dicekup polis selepas disyaki menjual ganja di dalam bentuk vape dalam satu serbuan yang dilakukan di premis tersebut pada 3 Januari lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.