fbpx
Now Reading
KDN Rampas ‘Sex Toys’ Bernilai RM115K Yang Dijual Secara Online Di Malaysia
KDN Rampas sex toys

KDN Rampas ‘Sex Toys’ Bernilai RM115K Yang Dijual Secara Online Di Malaysia

Menurut Setiausaha PKK KDN, Nik Yusaimi antara barangan yang dirampas adalah patung seks, alat kemaluan lelaki dan perempuan, serta alat permainan seks terlarang di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi satu serbuan telah bertindak merampas alat permainan seks bernilai RM115,000 di sebuah kediaman di Kota Warisan, Sepang, Selangor.

Difahamkan alat permainan seks yang dirampas itu dijual di dalam talian.

Ambil masa selama sebulan pantau kegiatan jualan dalam talian sebelum buat rampasan

Memetik laporan Berita Harian, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN, Nik Yusaimi Yusoff memaklumkan rampasan barangan tersebut dibuat oleh Bahagian PKK dalam satu serbuan Ops Maya pada 19 Disember yang lalu.

Kejayaan operasi ini adalah hasil pemantauan pihak terbabit selama sebulan dalam laman jualan online.

Foto: KDN

“Ops Maya ini bertujuan untuk membanteras pengedaran, penjualan dan pembelian alat permainan seks yang di larang kerana berlawanan dari segi moral dan budaya negara ini.

“Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 2 Februari lalu dan dikenakan denda RM5,000.

“Hasil risikan mendapati penjualan itu sudah beroperasi sejak hujung tahun lalu dan baragan yang dirampas diimport dari China dan Thailand dengan hasil jualan boleh mencecah sehingga RM300,000,” ujarnya.

Foto: KDN

Dalam rampasan itu antara barangan yang diambil adalah patung seks, alat kemaluan lelaki serta wanita dan juga alat yang dilarang di Malaysia.

Alat permainan seks dijual bermula harga RM70 hingga RM1,500

Foto: KDN

Menurut beliau, alat permainan seks tersebut dijual di dalam talian Malaysia pada harga sekitar RM70 hingga RM1,500.

Jelasnya, KDN juga sedang membuat siasatan lanjut berhubung kes itu untuk melihat adakah ada rangkaian peniaga lain yang terlibat dalam memasarkan barangan terlarang tersebut.

Foto: KDN

“Pihak KDN tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk mengimport barangan terbabit dan menjadi kesalahan sekiranya berjaya dikesan dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Kita akan meneruskan usaha membanteras aktiviti penjualan barangan tidak bermoral ini, termasuk memantau di lama jualan secara dalam talian,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.