fbpx
Now Reading
Musa Hassan Serah Isu Rumah Tangga Kepada Peguam Untuk Dibawa Ke Mahkamah Syariah
Musa hassan serah isu rumah tangga pada peguam

Musa Hassan Serah Isu Rumah Tangga Kepada Peguam Untuk Dibawa Ke Mahkamah Syariah

Musa Hassan menyatakan bahawa kemelut rumah tangganya itu sudah berlarutan sejak tiga tahun yang lepas dan mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi media sosialnya telah memberi amaran kepada netizen untuk menghormati privasi serta jangan mencampuri urusan peribadi yang melibatkan urusan rumah tangga.

Beliau turut menegaskan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berbuat demikian selepas tular tiga klip video yang memperlihtkan pertengkaran antara sepasang suami isteri yang mana rupa si suami mirip dirinya.

Baca artikel berkaitan: “Ini Masalah Keluarga, Jangan Ada Masuk Campur” – Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan

Musa Hassan serahkan kepada peguam untuk bawa ke mahkamah syariah

Terbaharu, Musa telah menyerahkan kepada peguamnya untuk membawa isu tentang masalah rumah tangganya ke Mahkamah Syariah.

Memetik laporan Kosmo, ttindakan itu dibuat agar tiada pihak yang diaibkan selain permohonan dilakukan oleh peguamnya kepada Mahkamah Syariah berkaitan perlakuan isteri kepadanya.

“Saya lebih selesa dengan proses keadilan perlu melalui undang-undang dan mahkamah. Isu rumah tangga ini, saya serahkan kepada peguam saya untuk bawanya ke Mahkamah Syariah.

“Sudah tentu saya ada sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada Mahkamah Syariah jadi biarlah mahkamah menentukannya,” ulas Musa Hassan yang juga Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC).

Masalah rumah tangga berlaku sejak 3 tahun lepas, akui sudah tidak tinggal bersama

Ujarnya, isu tentang kemelut rumah tangganya itu telah berlaku sejak tiga tahun lepas selain turut memaklum sudah tidak tinggal bersama.

“Saya juga tidak tinggal serumah dengan isteri sejak enam bulan lalu,” katanya

Jelas Musa, laporan polis telah dibuat olehnya pada 1 Mac lepas serta memaklumkan akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan tentang kes terbabit.

“Saya akan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan, tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai insiden yang dilihat seolah-ola sengaja mahu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang individu yang pernah memegang jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan awam.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingin menjatuhkan maruah saya,” tegasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.