fbpx
Now Reading
Terlalu Leka Layan Pemandangan Pantai, Mazda CX5 Hampir Dihanyutkan Air Laut Di Johor
kenderaan ditengelami air dan hampir dihanyutkan air laut

Terlalu Leka Layan Pemandangan Pantai, Mazda CX5 Hampir Dihanyutkan Air Laut Di Johor

Difahamkan kenderaan itu ditengelami air dan hampir dihanyutkan air laut kerana air laut yang sedang pasang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara terleka ‘healing’ di tepi pantai, kereta dinaiki tiga individu ditengelami air dan hampir dibawa hanyut ke dalam laut di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Johor.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Balai Polis Kuala Sedili di Facebook, kenderaan jenis Mazda CX5 itu ditengelami air berpunca daripada air laut yang sedang pasang dan ia tidak disedari oleh mangsa.

Terlalu asyik & kurang pengalaman tentang keadaan laut

Ujarnya, mangsa ketika itu sedang asyik bersiar dan menyusuri pantai selain kurang pengalaman mengenai keadaan laut.

“Bertindak di atas maklumkat yang diperolehi, Ketua polis Kuala Sedili, SM Saidon Hadzri Hj Abu Hassan bersama dua anggota polis dengan dibantu oleh dua orang penduduk Tg Sedili iaitu Iswandi bersama anaknya dengan segera ke lokasi kejadian. Tindakan dan usaha telah dijalankan bagi mengelak kenderaan tersebut dari terus ditengelami air dan dihanyutkan ke dalam air laut. Kenderaan yang terlibat telah berjaya ditarik keluar dengan menggunakan kenderaan 4×4, milik Iswandi ke atas darat di kawasan pantai tersebut,” ujarnya.

Menurut polis, laporan berhubung kejadian itu turut dibuat oleh pemilik kenderaan tersebut di Balai Polis Kuala Sedili.

Polis ingatkan orang ramai berhati-hati ketika berkunjung ke pantai

SM Saidon dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai yang berkunjung di kawasan pantai di kawasan itu untuk sentiasa mengambil langkah menjaga keselamatan untuk mengelakkan dari berlakunya perkara tidak diingini.

Melihat di ruangan komen, ada yang mengucapkan tahniah kepada indvidu yang berjaya menarik kenderaan tersebut selain turut menyakatan kenderaan Mazda CX5 itu mungkin akan berkarat kerana dimasuki air laut.

“kesian juga.. tapi kelakar juga”

“Karatlah kereta kena air masin”

“Lain macam owner punya healing ni.. betul-betul letak kereta tepi air laut ya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.