fbpx
Now Reading
Berdepan 6 Pertuduhan, Muhyiddin Yasin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta

Berdepan 6 Pertuduhan, Muhyiddin Yasin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta

Menurut Peguam Cara Negara, Muhyiddin juga diarahkan untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes berkenaan selesai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (10 Mac), Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diikat jamin sebanyak RM2 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan jumlah tersebut selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang berdepan enam pertuduhan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.

Peguam Cara Negara cadang Muhyiddin diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin

Semasa prosiding dijalankan, Peguam Cara Negara iaitu Datuk Ahmad Terridudin Mohd Salleh berkata, pasukan pendakwaan mencadangkan Muhyiddin diberi ikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin bukan ahli keluarga dan mestilah warga tempatan.

“Tertuduh juga dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes ini selesai,” katanya yang turut dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Faridz Gohim Abdullah, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin serta Ahmad Akram Gharib.

Peguam Muhyiddin tidak bantah jumlah ikat jamin dan syarat cadangan

Sementara itu, peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Muhyiddin berkata, pihak pembelaan tidak membantah jumlah ikat jamin dan syarat yang dicadangkan itu.

Difahamkan, selain Kumaraendran, peguam Datuk Rosli Dahlan dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga mewakili Ahli Parlimen Pagoh itu.

Mahkamah juga menetapkan 26 Mei hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Muhyiddin ditahan SPRM semalam

Terdahulu, BuzzKini melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam (9 Mac).

Beliau ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada hari yang sama bagi melengkapkan proses siasatan akhir berkaitan kes projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

Bagi yang tidak mengetahui, Jana Wibawa adalah satu inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Muhyiddin semasa pandemik COVID-19 melanda negara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Terpalit Kontroversi Rasuah, Ini Ringkasan Tentang Jana Wibawa Yang Patut Anda Tahu

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.