Kerajaan Cadang Pencarum ‘Terdesak’ Guna Wang KWSP Sebagai Cagaran Pinjaman Bank – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang mereka sendiri yang ada di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Menurut Anwar, kaedah itu boleh ditawarkan kepada semua pencarum KWSP ‘terdesak’ yang ingin mendapatkan pinjaman wang dengan cara mencagarkan wang caruman mereka di agensi terbabit.

Anwar masih berpegang pada prinsip, namun masih mendengar pandangan

Ujarnya, beliau masih berpegang kepada prinsip bahawa wang KWSP adalah untuk simpanan di hari tua.

“Tetapi saya masih mendengar pandangan, oleh itu saya cadangkan untuk memperkenalkan satu kaedah bagi permudahkan untuk orang terdesak supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang untuk membuat pinjaman bank dengan cagaran daripada agensi itu,” katanya.

Kenyataan itu diberikan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 semalam (9 Mac).

Kerajaan sifatkan kaedah ini adalah yang terbaik

Menurutnya lagi, kerajaan juga menyifatkan keadah wang caruman KWSP dijadikan sebagai cagaran kepada pencarum yang ingin meminjam wang kepada bank adalah yang terbaik.

Jelasnya, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP sahaja.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang, ada seorang yang merayu kepada KWSP dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat kat situ.

“Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.

“Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat koleteral, dia tidak ‘withdraw’ (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat koleteral itu sebagai cagaran,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago