fbpx
Now Reading
“Dia Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya” – Kamal Adli Dipukul Dengan Cota Hingga Cedera Parah Di Singapura

“Dia Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya” – Kamal Adli Dipukul Dengan Cota Hingga Cedera Parah Di Singapura

Difahamkan, Kamal Adli telah ditidurkan untuk menjalani pembedahan di bahagian kepalanya yang terkoyak dan berlubang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam semalam (12 Mac), media sosial kecoh mengenai nasib pelakon terkenal, Kamal Adli yang mengalami kecederaan parah selepas dipukul oleh seorang individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba.

Isteri kepada Kamal Adli iaitu Uqasha Senrose mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama suaminya berada di Singapore Expo Hall, Singapura semalam.

Kejadian berlaku ketika Uqasha dan Kamal ingin pulang dari Singapore Exspo Hall

Uqasha menerusi satu video dimuat naik di Instagram berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan suami ingin pulang selepas terlibat dalam sebuah acara di sana.

“Ketika kami bergambar bersama seorang peminat, seorang lelaki tiba-tiba memanggil nama Kamal sebelum memukulnya berkali-kali di bahagian kepala, muka dan badan dengan cotar dan senjata tajam sehingga cedera parah.

“Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya. Kami tidak kenal pun lelaki tersebut,” katanya kepada Kosmo.

Lelaki terbabit telah ditahan oleh pihak polis Singapura

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu lagi, individu terbabit telah ditahan oleh pihak polis Singapura.

“Ketika kejadian berlaku, ahli keluarga saya semua ada di lokasi tersebut. Lelaki berkenaan berjaya ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” katanya lagi.

Adik-beradiknya turut diugut individu terbabit

Pada masa sama, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu turut berasa risau apabila dia dan adik-beradiknya juga diugut oleh lelaki terbabit yang mengingati wajah mereka.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.”

Ada isu peribadi dengan Kamal dan cemburu

Lebih mengejutkan, Uqasha berkata lelaki terbabit mendakwa bahawa dia mempunyai isu peribadi dengan suaminya selain cemburu apabila Kamal berkahwin dengannya.

“Katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” kongsi Uqasha.

Kamal perlu jalani pembedahan, sudah ditidurkan

Berkongsi lanjut, Uqasha memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan. Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura.”

Terdahulu, menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya, Uqasha memuat naik video pendek yang memaparkan dirinya sedang menangis di sebuah hospital serta memohon doa orang ramai buat suaminya.

Menerusi kemas kini Uqasha di IG Story miliknya, Kamal Adli telah ditidurkan untuk menjalani pembedahan di kepalanya.

IG Story Uqasha mengenai perkembangan suaminya (Foto: Instagam/uqashasenrose2)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.