fbpx
Now Reading
Sudah 3 Hari Meninggal Dunia, Mayat Lelaki Sudah Membengkak Dijumpai Dalam Sebuah Kereta Di Seremban
mayat dalam kereta sudah 3 hari

Sudah 3 Hari Meninggal Dunia, Mayat Lelaki Sudah Membengkak Dijumpai Dalam Sebuah Kereta Di Seremban

Menurut ACP Nanda, didapati mayat yang dijumpai dalam kereta itu mengalami muka yang membengkak selain terdapat cecair keluar dari hidung dan mulut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang lelaki dijumpai oleh rakannya dalam sebuah kenderaan di Garden Homes, Seremban 2, Negeri Sembilan pada malam tadi (12 Mac).

Memetik Harian Metro, rakannya itu secara kebetulan terlihat kereta Proton Wira milik mangsa di kawasan tempat kereta pasar raya berkenaan pada 7.30 malam.

Dia kemudiannya mendapati mayat mangsa yang berusia 43 tahun itu sudah membengkak.

Rakan maklum nampak kenderaan mangsa dalam keadaan enjin hidup

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof memaklumkan ketika kejadian rakannya memaklumkan kereta berwarna hitam itu didapati berada dalam keadaan enjin yang masih hidup.

Ujarnya, mangsa yang dijumpa dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika berada di tempat duduk pemandu.

Bahagian muka bengkak dan ada cairan keluar dari hidung & mulut mangsa

Menurut Nanda, bahagian wajah mangsa turut dilaporkan membengkak dan ada cairan terkeluar dari hidung serta mulut lelaki berkenaan.

“Dia cuba membuka pintu kereta namun berkunci serta mengetuk cermin kereta tetapi mangsa tidak memberi tindak balas sebelum menghubungi MERS 999 untuk meminta bantuan,” jelasnya.

Tiada unsur jenayah dikesan

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti identiti individu berkenaan dan berdasarkan siasatan awal mendapati tidak ada sebarang unsur jenayah yang dijumpai di tempat insiden.

Jelasnya, pihak bomba yang ke lokasi kejadian berjaya membuka pintu kenderaan di bahagian pemandu dengan cara mengumpilnya.

“Pembantu kesihatan membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapatinya sudah meninggal dunia lebih kurang dua ke tiga hari sebelum ditemukan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, barang peribadi si mati berada di dalam laci papan pemuka kenderaan, manakala telefon bimbitnya berada di tempat duduk penumpang hadapan selain tiada kesan pecah pada cermin kereta,” ucapnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.