fbpx
Now Reading
Tak Mengaku Pukul Isteri, Mahkamah Perintah Hafidz Roshid Dihantar Ke Hospital Bahagia

Tak Mengaku Pukul Isteri, Mahkamah Perintah Hafidz Roshid Dihantar Ke Hospital Bahagia

Hakim Siti Fatimah selaku Majistret membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya bagi melakukan pemeriksaan psikiatri terhadap Hafidz mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/hiburan/2023/03/02/keluarga-shuhada-dakwa-hafidz-roshdi-tumbuk-isteri-hingga-cedera/

Hari ini (13 Mac), Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistina Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Tak mengaku bersalah pukul isteri

Hafidz Roshdi sebelum itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak pada pukul 3.32 pagi berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya, Rawang.

Kes didakwa mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan

Bagi kesalahan itu, dia didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Turut dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali gandi bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Semasa prosiding dijalankan, Nurul Qistina yang mengetuai pendakwaan turut dibantu Elyza Amira Habeeb manakala Datuk Akberdin Abdul Kader pula sebagai peguam bela Hafidz.

Shuhada buat naik foto kecederaan, ahli keluarga sahkan dia dipukul suami

Terdahulu, Shuhada menerusi satu muat naik di (Instagram) IG Story berkongsi foto bahagian muka kirinya yang dalam keadaan berbalut dipercayai selepas dicederakan oleh Hafidz.

Pada masa sama, salah seorang ahli keluarganya turut mengesahkan bahawa kakaknya itu telah ditumbuk oleh suaminya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.