Tiada Tauliah Ajar Agama Islam, JHEAT Minta Ustaz Azhar Idrus Buat Permohonan
Menurut Pesuruhjaya JHEAT, bagi yang ingin memohon, permohonan tauliah terbabit perlu disertakan dengan maklumat peribadi dan kelulusan akademik yang dimiliki mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, kecoh mengenai penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang terpaksa membatalkan majlis Kuliah Maghrib Perdana Di Selangor kerana tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Batal Kerana Tiada Tauliah Mengajar Agama – JAIS
UAI tiada tauliah dari JHEAT
Terkini, UAI juga dikatakan tidak memiliki tauliah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk berceramah dan mengadakan majlis kuliah agama di negeri itu, lapor Kosmo.
Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, hal ini berikutan semakan yang dilakukan terhadap UAI mendapati dia tidak termasuk dalam senarai 1,313 individu dan 30 penceramah selebriti yang menerima tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan mengajar al-Quran di Terengganu.
“Kita hanya akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur terdiri jawatankuasa masjid dan surau yang mengundang penceramah bertauliah terbabit.
“Sehubungan itu, individu (termasuk UAI) yang ingin mengajar dan mengadakan kuliah agama di masjid dan surau dialu-alukan memohon tauliah daripada JHEAT,” katanya semalam (12 Mac).
Permohonan tauliah perlu disertakan dengan maklumat peribadi dan kelulusan akedemik
Menurutnya, bagi yang ingin memohon, permohonan tauliah tersebut perlu disertakan dengan maklumat peribadi dan kelulusan akademik yang dimiliki UAI.
Jelas M. Rozi, ketetapan hanya mengizinkan penceramah bertauliah untuk mengajar di masjid dan surau negeri Ini bagaimanapun tidak bermaksud merendah-rendahkan ilmu agama yang dimiliki individu terbabit.
“Sebaliknya, ia sebagai kawal selia bagi memastikan tiada pengajaran agama di negeri ini yang bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.
Selain UAI, ceramah Ustaz Wadi Annuar juga dibatalkan di Selangor
Terdahulu, BuzzKini melaporkan Majlis Kuliah Maghrib dan ceramah oleh dua penceramah terkenal iaitu UAI dan Ustaz Wadi Annuar di Selangor telah dibatalkan berikutan tidak mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)/JAIS.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 2 Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: