fbpx
Now Reading
Guna Nama & Alamat Ahli Politik, Polis Berjaya Rampas Ubat Gigi Ekstrak Daun Ganja

Guna Nama & Alamat Ahli Politik, Polis Berjaya Rampas Ubat Gigi Ekstrak Daun Ganja

Difahamkan, serbuan dilakukan hasil maklumat oleh seorang penjawat awam di sebuah kementerian yang memaklumkan menerima panggilan telefon mengenai kiriman itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis berjaya merampas satu bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong, Sepang pada Jumaat lalu (10 Mac).

Dalam serbuan berkenaan, pihak polis berjaya merampas satu tiub ubat gigi yang menggunakan penutup hijau dan putih bercorak daun ganja dengan tertera tulisan ‘Happy Green’.

Polis temui pes putih kehijauan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, sebaik pihaknya memeriksa, mereka temui pes berwarna putih kehijauan dipercayai ubat gigi ekstrak daun ganja seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati barang yang dirampas itu tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik yang dialamatkan.

“Serbuan dibuat hasil maklumat oleh seorang penjawat awam di sebuah kementerian yang memaklumkan menerima satu panggilan telefon mengenai kiriman itu.

“Pengadu memaklumkan kiriman bungkusan itu dialamatkan atas nama dua ahli politik berkenaan dan bungkusan itu perlu dituntut di hab kurier berkenaan di Pulau Meranti, Berdasarkan maklumat yang diterima, kami syak bungkusan itu mengandungi barang yang terlarang,” katanya ketika dihubungi Kosmo semalam (13 Mac).

Suspek belum ditangkap, kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952

Menurutnya lagi, setakat ini belum ada sebarang penangkapan dilakukan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ABD) 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Berkongsi lanjut, Wan Kamarul berkata siasatan awal mendapati bungkusan berkenaan dibeli oleh pengirim melalui portal beli belah dalam talian ‘Shopee’ yang beralamat di Indonesia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.