
“Ia palsu” – JPM Nafi Cuti Umum Pada Rabu Sempena Kemenangan Michelle Yeoh Di Oscars 2023
Dalam pada itu, portal The Star mengesahkan tiada artikel mengenai cuti umum berhubung kemenangan Michelle Yeoh yang dikeluarkan oleh pihak mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kemenangan pelakon berbakat besar, Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Pelakon Wanita Terbaik ketika acara 95th Academy Awards (OSCARS 2023) pada 13 Mac lalu telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Malah kemenangan itu sekali gus turut membuktikan kerja keras beliau telah membuahkan hasil sehingga membuatkan ramai rakyat di negara ini bangga dengan setiap pencapaiannya.
Baca artikel berkaitan: Tahniah! Michelle Yeoh Anak Kelahiran Malaysia Pertama Menang Anugerah Oscars
JPM maklum tiada cuti umum seperti ditularkan
Berikutan dengan kemenangan tersebut, tular satu berita palsu yang menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar telah memberikan cuti umum pada Rabu ini (15 Mac).
Walau bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) malam tadi (13 Mac) menerusi laman Twitter telah menafikan perkara tersebut dan menyatakan tiada cuti umum yang diberikan pada 15 Mac ini seperti yang tular.
JPM dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar berita palsu tersebut yang menunjukkan aktress Hollywood itu sedang memegang trofi yang dimenanginya semalam.
“Maklumat melalui tangkap layar berita yang tular di media sosial tersebut adalah palsu.
“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” ciapnya.
Jangan kongsi sebarang maklumat yang tidak pasti
JPM dalam masa sama turut memberikan peringatan untuk tidak berkongsi sebarang maklumat yang tidak mendapat kepastian.
Meninjau di ruangan balas, ramai yang berharap agar penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan dengan memberi tindakan tegas.
Dalam pada itu, portal The Star mengesahkan tiada artikel sedemikian yang dikeluarkan oleh pihak mereka.
The Star turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan gambar palsu yang menggunakan identiti syarikat mereka.
Adui macam2 eh fake news ni 😅
— Mila (@milanicki_) March 13, 2023
Harap ada tindakan tegas dari kerajaan @ kementerian berkaitan bagi mengelak kejadian berulang… sekurangnya menampakkan ketegasan pihak berkuasa
— add your name (@muding) March 13, 2023
Arrest the culprit who produced this FAKE NEWS
— aruna (@imfsea_aruna) March 13, 2023
Sepatutnya lagi orang dapat anugerah lagi kita perlu bekerja keras sebab nak dapat juga🤣🤣If you play with you jobs, then life will played you. Don't play2.
— Bonz (@Fatulamnan) March 13, 2023