fbpx
Now Reading
Pelajar Kurang Mampu & Terjejas Banjir Boleh Ke Sekolah Tanpa Pakaian Seragam – Menteri Pendidikan

Pelajar Kurang Mampu & Terjejas Banjir Boleh Ke Sekolah Tanpa Pakaian Seragam – Menteri Pendidikan

Menurut Fadhlina Sidek, pihaknya membuat keputusan tersebut sebagai langkah memudahkan urusan ibu bapa agar anak-anak tidak dinafikan daripada pendidikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan kelonggaran kepada semua murid dan pelajar yang kurang mampu untuk datang ke sekolah dengan memakai pakaian biasa.

Ini termasuklah mereka dari keluarga kurang berkemampuan dan murid dari keluarga terkesan dengaan banjir khususnya di Johor seandainya mereka tidak menyediakan pakaian seragam sekolah bagi sesi persekolahan baharu yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut sebagai langkah memudahkan urusan ibu bapa agar anak-anak tidak dinafikan daripada pendidikan.

“Dalam konteks di Johor misalnya, kita (KPM) beri ruang kepada mereka ini supaya datang ke sekolah walaupun tanpa memakai pakaian seragam.

“Yang penting asalkan berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju (seragam) itu, mereka dinafikan daripada pendidikan,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu dalam satu majlis di Institut Aminuddin Baki, Bandar Estek, Nilai.

KPM ambil apa sahaja pendekatan bantu golongan terjejas

Beliau sebelum ini dalam temu bual bersama satu stesen radio menjelaskan kementeriannya akan mengambil apa jua pendekatan supaya golongan terjejas khususnya anak-anak tidak ketinggalan dalam pendidikan. Ini merangkumi masalah buku teks yang rosak akibat banjir.

“Ibu bapa tidak perlu risau mengenai persiapan sekolah terutamanya membabitkan buku teks yang musnah akibat banjir kerana KPM akan bantu dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

“Bagi PPS yang masih dibuka di sekolah, kelas juga akan diadakan di sekitar ruangan itu meskipun pelajar tidak memakai uniform sekolah. Anak-anak tidak boleh ketinggalan pelajaran kerana isu baju sahaja,” kata Fadhlina lagi.

Sekolah bermula pada 19, 20 Mac

Sebagai rekod, Kalendar Akademik Penggal 1 Sesi 2023-2024 akan bermula pada 19 Mac bagi sekolah-sekolah dalam kumpulan A.

Manakala sekolah-sekolah dalam kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 20 Mac 2023.

Kumpulan sekolah mengikut negeri :

Kumpulan A (19 Mac)

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Kumpulan B (20 Mac)

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.